Sunday 22 October 2017

Menu Sihat Untuk Pesakit Kencing Manis

APAKAH MENU SIHAT UNTUK PESAKIT KENCING MANIS ?

Adakah pesakit kencing manis hanya boleh makan makanan tertentu sahaja?
Jawapanya TIDAK ! 
Pesakit kencing manis boleh makan apa saja  jenis makanan  asal saja mengikut jumlah pengambilan yang diatur secara sistematik. Konsep pemakanan ini telah di akui oleh  WHO bersama OXFORD UNIVERSITY mendapati bahawa  menu sihat untuk pesakit kencing manis  adalah menu seimbang  yang perlu diambil dalam  mengikut jadual pemakanan khas.





Terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam menu Sihat Pesakit kencing Manis:

  1. Makan pada waktu yang tetap dalam amount yang ditentukan dan kerap. ( Jangan makan melampaui waktu makan.)
  2. Pengambilan gula perlu dihadkan.
  3. Ikut menu sihat dan seimbang  yang mengandungi campuran kabohidrat kompleks,serat, sumber protien tanpa lemak dan lemak baik.
  4. Bersenam setiap hari mengikut cara yang betul.( Dengan nasihat pakar ).

Pelan diet perlu dilihat secara individu mengikut jenis kencing manis iaitu jenis 1 atau jenis 2 atau kencing manis semasa mengandung.Ini kerana kaedah yang paling sesuai untuk setiap orang mungkin berbeza. Dapatkan nasihat pakar.


Pemakanan Pesakit Kencing Manis:

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis adalah boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:


1. Makanan yang perlu dihindarkan:
Makanan /minuman yang mengandungi gula ringkas kerana ia akan meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.

2. Makanan yang bebas diambil seperti  Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos, garam

3. Makanan yang wajib diambil tapi perlu dikawal:
 Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama kita , seperti Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/jus, sayuran berkanji - labu, jagung, serbuk coklat. 


Kajian  telah menunjukkan bahawa makanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap glukosa dalam darah pesakit kencing manis. So, dalam menu sihat pesakit kencing manis perlu ditekankan pada pengambilan kabohidrat yang betul dan tepat.



Apa Itu Kabohidrat ?

Kabohidrat  adalah satu dari sumber utama nutrien dalam diet kita dan ia menyediakan tenaga untuk otak dan badan kita.
Kabohidrat yang diambil akan dipecahkan kepada glukosa dan dibawa dalam aliran darah kita. Bagi pesakit kencing manis makanan yang mengandungi kabohidrat memainkan peranan yang penting dalam mengawal tahap gula dalam darah.

Terdapat lima kumpulan makanan yang mengandungi kabohidrat :
  1. Bijirin,  , makanan berasaskan tepung.
  2. Semua jenis kekacang.
  3. Semua jenis buah-buahan
  4. Susu dan produk tenusu
  5. Sayur-sayuran berkanji ( jagung,ubi,keladi dan kentang ).


Tips Makanan Pesakit Kencing Manis :

Kurangkan pengambilan kabohidrat , atau hadkan hidangan nasi atau roti putih.
Tujuanya kurangkan kabohidrat ialah untuk mengurangkan paras gula dalam darah dan mengekalkan ia pada paras yang  normal.

Makanan yang  diambil sebaik-baiknya mempunyai  indeks glisemik yang rendah.




Apa maksud indeks glisemik ?

Indeks gelisemik,  merupakan satu ukuran tentang kadar metabolisma makanan ditukarkan kepada glukosa di dalam badan kita, di mana glukosa akan membebaskan tenaga.

Indeks glisemik rendah maksudnya makanan yang kita makan membebaskan tenaga dalam masa yang panjang. Ini menyebabkan kita merasa kenyang dalam waktu yang lebih lama, sekali gus menyebabkan kita kurang untuk mengambil makanan.

Oleh itu pesakit kencing manis perlu memasukkan  makanan yang rendah indeks glisemik dalam  menu sihat mereka .


Panduan  pemakanan pesakit kencing manis:



Sajian Alternatif yang Sesuai Bagi Pesakit Kencing Manis .

Di dalam nutrisi Shaklee, ESP atau protein soya adalah digalakkan untuk dijadikan makanan harian. Ia rendah indeks glisemik dan rendah kandungan gula. Ia memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada pesakit kencing manis dalam mengawal paras gula dalam darah.

Di samping itu, ESP juga memberikan tenaga yang berpanjangan kepada pesakit kencing manis dan mengurangkan rasa lapar.

Pesakit kencing manis juga memerlukan protein. ESP yang mengandungi kandungan 9 asid amino penting membantu membina sel-sel baru untuk pesakit kencing manis. Sel-sel badan dalam pesakit kencing manis banyak yang rosak akibat kandungan gula dalam darah yang tinggi.

Di sini mama ingin syorkan ESP sebagai makanan harian bagi pesakit kencing manis untuk tujuan menstabilkan paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko kompilasi penyakit kencing manis.


Andai kata anda atau ahli keluarga anda dan orang tersayang merupakan pesakit kencing manis, dan anda memerlukan supplement kesihatan untuk anda dan mereka, Shaklee ada pilihan itu !

Set kencing manis yang membantu dalam penurunan paras gula dalam darah adalah:





Ayuh..dapatkan sebelum terlambat.

Untuk khidmat nasihat percuma tentang cara pemakanan dan jadual pemakanan yang betul , jangan segan-segan hubungi mamazai :



PM/ Whatsapp   :  0192523868
FB ; zainab saleh
Fb page  :  vitamincantikanda


ATAU
Anda boleh terus order di bawah 
 ⇓






No comments:

Post a Comment

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...