Tuesday 11 April 2017

" KESAN MEROKOK "


KESAN-KESAN MEROKOK.


Dalam entry saya yang lalu , saya telah perincikan kesan-kesan merokok pada kesihatan sex perokok . Bagi yang belum membacanya boleh klik DI SINI .


Kali ini saya akan  fokus pula pada satu lagi kesan merokok iaitu "STROK".


STROK DI MALAYSIA .
Strok atau Angin Ahmar merupakan punca ketiga kematian penduduk di Malaysia selepas Jantung dan kanser.
Dianggarkan hampir 40 000 rakyat Malaysia mengalami strok  setiap tahun. Itu satu angka yang membimbangkan.Sesiapa sahaja boleh mengalaminya , termasuklah  kanak-kanak. Namun  begitu kebanyakkan kes yang dilapurkan melibatkan orang dewasa.

DEFINISI STROK


Strok merupakan penyakit yang terjadi akibat  pembuluh darah ke otak  tersumbat atau pembuluh darah yang pecah di otak yang mengakibatkan terhentinya bekalan oksigen dan nutrien-nutrien penting ke otak. Fenomena ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat mati. Kesannya ialah kawasan yang dikawal oleh bahagian otak tersebut tidak berfungsi , (kegagalan saraf / Gangguan saraf ) .


Otak merupakan pusat kawalan sistem saraf kita di mana ia mengawal setiap apa yang kita lakukan atau apa yang kita fikirkan..di samping mengawal fungsi-fungsi automatik  lain seperti pernafasan , denyutan jantung dan sebagainya . Otak akan berfungsi dengan cemerlang jika ia menerima bekalan darah yang cukup dan berterusan bagi membekalkan Oksigen dan nutrien-nutrien yang  penting.




JENIS STROK

1. Strok Iskemia/ Ischemic stroke:
    -  Terjadi bila bekalan darah ke otak terganggu oleh penyempitan salur darah    (arteri).  Penyempitan ini berlaku di sebabkan oleh timbunan kolesterol dalam    arteri  (aterosclerosis).

2. Strok Berdarah/ Hemorrhagic stroke :
    -  Terjadi bila salur darah ( arteri ) di dalam otak atau sekeliling  otak pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak.
Bagaimana strok berdarah berlaku ? 

Bila Tekanan Darah  tinggi  dibiarkan lama tanpa dirawat boleh memberikan tekanan yang sangat tinggi pada dinding arteri yang boleh menyebabkan ia pecah. Jika berlaku pada arteri di dalam otak , akan menyebabkan pendarahan di dalam otak.
















GEJALA STROK

Strok boleh menyerang pada bila-bila masa , pada siapa saja dan di mana jua anda berada, tak kira apa yang sedang anda lakukan..bermain berehat malah ketika tidur juga.
Bila seseorang itu diserang strok biasanya raut wajah akan berubah menjadi senget sebelah, fungsi sebahagian tubuh terganggu seperti pertuturanya sukar difahami , lengan dan tanganya menjadi lemah,biasanya pada satu sisi badan sahaja.
Gangguan saraf ini terjadi akibat kerosakkan pada saraf motor yang mengatur pergerakkan otot badan kita.
Seseorang itu dikatakan mengalami strok bila mana individu itu mengalami gangguan saraf yang kita bincangkan di atas selama lebih dari 24 jam

Apakah Tanda-Tanda Awal Strok ?

Strok adalah penyakit saraf yang jika tidak di rawat segera boleh menyebabkan kecacatan kekal malah maut juga.

Bagaimanakah cara termudah untuk  mengenali tanda-tanda  yang seseorang itu  terkena strok ?. 
Persoalan ini menjadi tanda tanya bagi semua ahli masyarakat bila berhadapan dengan permasaalahan strok nih...Semakin lama strok dibiarkan tanpa rawatan , semakin banyak saraf-saraf otak yang akan rosak yang akan menyebabkan kerosakan  kekal.

Mari  kita kenali  beberapa petanda  bagi mereka yang terkena serangan strok!



Dengan mengenali tanda-tanda awal ini, diharap setiap ahli keluarga dan masyarakat peka dan memiliki kesedaran untuk  segera membawa  pesakit strok ke  hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera !


Jika pesakit strok mendapat rawatan segera , peluang untuk sembuh sepenuhnya lebih tinggi.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.


WAJAH

















jika anda mengesyaki seseorang individu itu terkena strok, minta beliau senyum , sama ada mulutnya nampak berlainan seperti senget sebelah .

LENGAN





Bila disuruh mengangkat tangan dan menahanya sekecap .. salah satu dari tanganya lemah dan kelihatan turun ke bawah sedikit. ( seperti dalam rajah )

PERCAKAPAN


Bila sesorang tiba-tiba tidak mampu menyebut  perkataan  tertentu seperti huruf  R ,contoh ;   " Rumah kata pergi , kubur kata mari" atau bercakap kurang jelas atau pelat . 

Biasanya orang yang terkena strok susah untuk  menyebut konsonan huruf tertentu .

MASA


Setiap detik amat berharga bagi pesakit strok. Bila anda berhadapan dengan tanda-tanda seperti di atas , cepat-cepat hubungi hospital berdekatan.





SIAPA YANG BERISIKO  ?

Strok boleh terjadi pada sesiapa sahaja , namun ada golongan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya:

  1. Pesakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat.
  2. Diet yang tinggi kandungan garam
  3. Pesakit kencing manis
  4. Pernah mengalami TIA ( Strok ringan )
  5. Fibrilasi Atrium ( degupan jantung tak teratur yang akan menyebabkan risiko pengumpulan darah di dalam jantung.
  6. Penagih alkohol
  7. PEROKOK



Faktor-faktor lain:

  • Umur - 56 tahun ke atas 
  • Jantina - lelaki lebih berisiko
  • Sejarah keluarga

MEROKOK SATU HABIT YANG MENGUNDANG BANYAK KOMPLIKASI SERIUS !







Merokok merupakan salah satu  faktor yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena serangan strok.

Berapa banyak agaknya rokok yang diambil oleh  seorang  perokok tegar dalam satu hari ?
Mengapa pula mereka sukar untuk berhenti merokok walaupun telah mengetahui risiko dan bahaya merokok ?

Ketagihan NIKOTIN yang ada dalam rokoklah yang membelenggu para perokok dari berhenti merokok.

Bagaimana Merokok menyebabkan strok ?

Sejumlah bahan kimia  asing yang disedut masuk bersama-sama asap rokok akan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai " serebrovaskular" iaitu  luka pada lapisan dalam pembuluh darah dan  menyebabkan pembuluh darah sempit dan mengeras , keadaan ini disebut sebagai "atherosclerosis". 

Penyempitan pembuluh darah ini akan menyebabkan aliran darah terhalang dan berlakunya pembekuan darah dalam otak.
Fenomena inilah yang akan berlaku pada pesakit strok.




CARA-CARA BERHENTI MEROKOK:

1. Hari pertama : Bulatkan niat anda:

Di hari pertama anda harus membulatkan niat dan tekad anda untuk berhenti merokok. Untuk apa anda berhenti merokok ? Untuk siapa? untuk diri sendiri,keluarga dan untuk orang yang anda sayangi.

2. Hari kedua ; Ubah mindset anda :

Anda perlu tanam dalam hati dan fikiran anda yang anda mampu berubah. Cari dan baca info-info tentang bahaya merokok kepada anda dan orang yang sentiasa dekat dengan anda.

3. Hari ketiga : Tanamkan rasa malu untuk merokok:

Caranya ialah bila anda hendak merokok carilah tempat yang tiada orang. Jika ada orang lalu atau melintas di hadapan anda, sembunyikan atau matikan rokok anda.Anda hanya akan merokok di tempat yang sunyi dan tiada orang. Lama kelamaan anda akan terbiasa .

4. Hari keempat : Jauhi rakan-rakan yang merokok:

Rakan adalah pengaruh yang sangat kuat dengan kita. Pepatah ada mengatakan ; jika anda berkawan dengan seorang tukang besi , badan anda akan mendapat bau besi juga , jika anda berkawan dengan seorang penjual minyak wangi ,anda juga kan mendapat wanginya. 
Mulai hari keempat , bataskan pergaulan anda dengan rakan-rakan yang merokok.Cuba cari rakan-rakan yang tidak merokok, kerana mereka akan mempengaruhi anda untuk tidak merokok.

5. Hari kelima : Buang semua rokok anda:

Buang semua rokok anda. Paksakan diri untuk tidak merokok lagi. Rasa tertekan? Ingat semula niat anda  untuk berhenti merokok.Untuk Agama pastinya,untuk keluarga. Bayangkan jika anda sakit kerana merokok , siapakah yang akan susah  ? Anda dan keluarga anda ...!

6. Hari keenam : cari aktiviti lain untuk gantikan rokok seperti gula-gula:

Ambil gula-gula contohnya bagi menggantikan rokok pada waktu anda selalu merokok. biasanya selepas makan.

7. Hari ketujuh: Istiqamah:

Kekalkan keenam-enam langkah di atas , jadikan ia habit baru anda. Insyaallah anda berjaya.


Biasanya bagi seorang perokok  tegar , amat sukar untuk mereka berhenti merokok kerana nikotin telah meresap keseluruh urat saraf mereka , malah hingga ke DNA sel.
Sekiranya mereka berjaya berhenti merokok pun , akan timbul pelbagai masalah-masalah lain .
Di sini saya senaraikan masalah yang mungkin akan mereka alami setelah berjaya berhenti merokok:

1. Depresi atau perasaan sedih,putus asa atau rasa rendah diri.
2. Pemarah.
3. Perasaan moody tidak tentu pasal.
4. Tidak sedap badan.
5. Usus meragam.
6. Masalah hidung dan tekak.
7. Nafsu makan meningkat.
8. Sakit kepala.
9. Susah tidur.
10. Berpeluh dingin dan tangan gementar.

11. Mengalami masalah kulit.

CARA ALTERNATIF BERHENTI MEROKOK ! 

Adakah cara / tips lain yang boleh membantu perokok membuang habit yang amat merugikan ini ?

Apakah ada supplement / makanan tambahan yang boleh merawat ketagihan merokok ini?

Jawapanya ada.

VIVIX dari shaklee.

Vivix Shaklee mempunyai mekanisma penyembuhan sehingga ke tahap selular. Vivix tidak membekalkan nikotin kepada perokok tetapi  masih mampu membantu perokok berhenti secara alami.

Dengan vivix anda mampu berhenti merokok dengan mudah tanpa perlu mengalami masalah-masalah seperti yang saya nyatakan di atas.

Kerana vivix memainkan perananya sebagai penyembuh dengan memulihkan kerosakan pada peringkat paling asas iaitu DNA sel.
Berikut kita lihat testimoni -testimoni yang berjaya berhenti merokok bersama vivix:


TESTIMONI PERTAMA:



TESTIMONI  KEDUA :










TESTIMONI KETIGA:

                                             





TESTIMONI KEEMPAT:



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.








HIDUP CERIA TANPA ROKOK !

Hentikan tabiat merokok anda dengan VIVIX...
Ingat orang tersayang!

Dapatkan harga istimewa dengan menyertai kami:
Hubungi saya SID anda untuk konsultasi percuma .

#kenapaperluberhentimerokok
#bebasdarirokok.



Hubungi saya ,
SID anda    :  Mamazai
sms/whatsapp  :  0192523868

ANDA BERHAK MENDAPAT CONSULTANSI DARI SAYA !


ATAU



ORDER SEKARANG 































PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...