Tuesday 17 October 2017

"5 TIPS KAWAL KENCING MANIS AGAR TAK PERLU POTONG KAKI"

APA ITU KENCING MANIS ?

Kencing Manis  adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis.



Kencing Manis  adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Kencing Manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.
Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis Kencing Manis utama:

1.   Kencing Manis  jenis pertama (I) / ( " Insulin Dependent Diabetes Mellitus” ) :
Pankreas, iaitu organ yang menghasilkan insulin (hormon mengawal glukosa) gagal berfungsi.
Pesakit memerlukan insulin dari luar untuk pengawalan gula dalam darah.

2.  Kencing Manis  jenis kedua (II) / ( "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” ) : 
Badan mengalami kerintangan insulin, iaitu tisu badan kurang sensitif terhadap insulin yang menyebabkan penghasilan insulin berkurangan.
Pankreas masih menghasilkan insulin, tetapi perlu dikawal pengambilan makanan, berat badan, senaman, dan pengambilan ubatan.


BAGAIMANA NAK MENGAWAL KENCING MANIS?


Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. 
Pesakit Kencing Manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak dan MENGAWAL kencing manis dengan beberapa langkah seperti di bawah :

1.  PENGAWALAN PEMAKANAN

Pemakanan  kabohidrat dan gula seharusnya  dikurangkan supaya pengambilan kalori harian terkawal.
Antara makanan yang disyorkan dan dapat mengawal gula dalam darah adalah:

Ikan Salmon - yang kaya dengan Omega 3 yang dapat merendahkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti badan terhadap tindakan insulin.



Lemon -  mengandungi vitamin C yang tinggi  yang membantu merendahkan index glisemik dalam darah.

Avocado -  mengandungi lemak buah-buahan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin.
Pesakit kencing manis dicadangkan  mengambil 45 - 60  gram avocado untuk setiap hidangan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah .



Peria  -  Phytokoimia di dalam sayur peria yang pahit membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Soya -  Soya merupakan makanan yang dapat merendahkan paras gula dalam darah kerana mengandungi protien yang lengkap tanpa kolesterol dan kurang lemak. Soya dapat mengurangkan risiko mendapat diabetes peringkat II .



2.  PENGAWALAN BERAT BADAN

Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan mendapati mereka sukar mengawal paras gula dalam darah.. Sebaliknya terdapat pesakit kencing manis yang dapat menghentikan ubatan kerana dapat mengawal berat badan.


3.  SENAMAN

Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan serta menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru.Senaman perlu bermula secara beransur-ansur dan dengan pantauan doktor.

4.  PEMERIKSAAN SENDIRI

Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada KAKI DAN JARI KAKI yang kebas untuk memantau tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pesakit juga perlu memakai kasut yang sesuai.

5.  PEMERIKSAAN DOKTOR

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal.

Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus.

Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.


Mari kita lihat bagaimana SHAKLEE dapat membantu  mengawal kencing manis  dengan produk-produk hebatnya .



1.  Vivix:

Kandungan resveratrolnya merupakan bahan antioksidan yang unggul mampu mengatasi kerintangan insulin bagi pesakit kencing manis.
2.  ESP 

Esp merupakan susu  yang diperbuat dari soya yang bermutu tinggi non-GMO , yang mempunyai GI yang rendah , maksudnya ia ditukar kepada glukosa dan  tenaga secara perlahan , bukan sekali gus.
Ini membantu pesakit kencing manis  menstabilkan paras gula dalam darah.

Asid amino protein soya membantu prankreas untuk menghasilkan hormon insulin, mengurangkan rintangan badan terhadap insulin dan juga menggalakkan toleransi badan terhadap hormon insulin.



3. B-COMPLEX

B- COMPLEX  adalah vitamin yang larut air dan perlu diambil setiap hari  dimana ia membantu dalam proses penghazaman kita dengan menukarkan lemak, kabohidrat dan juga protien kepada tenaga .
Ini  sekali gus dapat  membantu pesakit kencing manis mengurangkan  rasa letih dan lesu  mereka.

4. SR-VITA  C COMPLEX


Vitamin C Shaklee adalah vitamin larut air yang sangat penting untuk tubuh kita . 
Antara  kebaikkan yang sangat diperlukan  oleh pesakit kencing manis  khususnya , adalah sifat anti oksidanya  dalam meningkatkan sistem imunisasi  pesakit. Ini bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada jangkitan dan infeksi desekililingnya.

5.  VITA-LEA IRON FORMULA

Berfungsi sebagai pelengkap  nutrisi bagi membekalkan  kekurangan pelbagai vitamin terutamanya bagi yang mengamalkan sayur-sayuran.
Ia juga melindungi fungsi organ -organ seperti jantung , hati dan ginjal.


Kita tahu mencegah itu lebih baik dari merawat , maka  pilihlan untuk mencegah.  tapi bagi mereka yang telah mengalami kencing manis, pilihlah untuk mengawalnya  dengan bijak dan selamat.

Pilih untuk sihat . 
Sihat atau tidak kita yang pilih. 
Hidup sihat tanpa ubat adalah paling bermakna.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.



JANGAN LUPA  , 
ANDA BERHAK UNTUK MENDAPATKAN 
KHIDMAT RUNDINGAN  PERCUMA , DARI SAYA :


HUBUNGI MAMAZAI( ID: 1212672)

Wasap:
www.wasap.my/60192523868

E-mail:
zainabintisaleh@gmail.com


FB Page:
Vitamincantikanda
FB:
zainab saleh




DAFTAR AHLI UNTUK HARGA ISTIMEWA !


KAWASAN COD  :

Bandar Tasik Puteri / Green Valley /Bandar Country Homes/Rawang/Kuang.
Lain-lain Kawasan  :  GDEX





ATAU
Boleh terus dapat disini

TESTIMONI :











                                          










2 comments:

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...