Sunday 5 March 2017

"Kenapa perlu berhenti merokok 2"

Merokok Juga  Mengganggu kehidupan berkeluarga anda..!

AWAS!!

Rokok mengandungi berbagai bahan kimia merbahaya  ,  satu darinya NIKOTIN.






Saturday 4 March 2017

" Kenapa Perlu Berhenti Merokok 1"

MEROKOK

Merokok - senonim dengan kaum adam/bapa.

Namun kita tidak nafikan , kaum hawa juga ada yang terlibat dengan gejala merokok.

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak !!


Perokok pasif adalah orang yang berada disekeliling perokok aktif. 
Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok yang dibebaskan ke udara adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.
Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok  ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Mereka mudah untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Ini tidak adil untuk mereka!!

Berikan Anak-anak Anda Kehidupan yang Sihat !!

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok anda. 
Anda  telah merosakkan pemikiran suci anak anda  kerana mereka akan  membesar dengan anggapan merokok adalah satu tabiat normal. 
Anda juga mungkin telah  mencantas kreativiti dan daya fikir  mereka, kerana pemikiran mereka  mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. 
Jangan lakukan ini pada mereka.

Ayuh Ibu , Ayuh Bapa... Berhentilah merokok demi anak-anakmu !!
Masih belum terlambat ...
Anda bukan sahaja melindungi anak-anak anda ..malah diri anda  juga ..!
Win..Win  situation ..
Anda Ibu dan Ayah cemerlang..!
Info lanjut  hubungi saya : 0192523868

#sayanganakanda
#lindungimereka 

#Tunggu.." Kenapa Perlu  Berhenti merokok 2"

  


PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...