Tuesday 30 May 2017

PETUA KULIT CANTIK DAN GEBU

KENALI KOMBINASI VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK DAN GEBU.


Milik Siapakah Wajah Ini ??
(Gambar ini ehsan dari google .. tiada kaitan dengan artikel..)














Anda ingin menjadi sepertinya?
Jangan risau , saya  SID mamazai (SID anda), akan memandu anda ke arah itu...


Siapa tak mau kulit yang cantik dan gebu ?
Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu .
Sebaik-baik kecantikan haruslah lahir dari dalam dan disempurnakan dengan luaran .
Jom kita kenali vitamin yang boleh membantu kita mencantikan kulit anda bermula dari dalam sehingga luaran .

Suami mana yang tidak suka bila isterinya sering dipuji oleh rakan-rakan kerana mempunyai kulit yang cantek , anjal dan gebu.


Sebelum kita meneroka lebih jauh dengan kombinasi vitamin untuk kulit cantek dan gebu , saya ingin kongsikan amalan-amalan kerohanian yang boleh di amalkan  menurut perspektif  Islam  :

Amalan-amalan ini telah disampaikan oleh Ustazah  Dato' Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantek mempesona . Kita boleh amalkan semuanya atau memilih untuk diamalkan.
Yang penting istiqamah dalam apa jua  amalan yang anda lakukan walaupun sedikit.



Amalan ini dilaksanakan selepas waktu solat Isya’
  • Tuang segelas air
  • Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
  • Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
  • Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
  • Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
  • Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.


Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.
  • Ya Badiyah sebanyak sekali
  • Ya Nur sebanyak sekali
  • Ya Hadi sebanyak sekali
  • Ya Allah sebanyak 3 kali
Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.


Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini: 
  • Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
  • Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
  • Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.

Kombinasi Vitamin Cantik Untuk Kulit Gebu-Gebas

Ada 3 kombinasi vitamin cantik  hebat yang membuatkan kulit anda kekal  muda, cantik dan  gebu sehingga menambat hati  suami anda memandang  anda tidak jemu .

Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah:
  1. B-Complex
  2. Vitamin C
  3. Vita E Complex
Untuk mendapat hasil yang lebih mantap kekal lama dan anti penuaan , ambil sekali dengan 3 lagi kombinasi vitamin cantik iaitu :
  1. ESP
  2. GLA Complex 
  3. Collegan Powder.



Jom cantik, Jangan Tua Sebelum
 Masanya !


3 vitamin cantik dari dalam juga dikenali dengan Vitamin Kesuburan:




Vitamin C Shaklee.
Di datangkan  dalam bentuk yang hebat iaitu "Sustained Released Vita.-C Plus" , di mana vitamin C akan di lepaskan secara perlahan-lahan dan ini bermakna ia akan lebih lama berada di dalam tubuh kita.


VITAMIN  C



DARI SUDUT KESIHATAN :

Memerangi kanser

Vitamin C adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan 'Interferon' semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


Mengekalkan kolesterol baik:

Vitamin C ,mampu mengurangkan kolesterol  "nakal " dan menstabilkan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindari arteriosclorosis ( penyempitan arteri ), thrombus ( pembuluh darah tersumbat dek pembekuan darah), menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvy.



DARI SEGI KECANTIKAN: 

Membentuk Kolagen:

Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah  sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu memperlahankan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


Mencantikkan Kulit :

Pengambilan vitamin C setiap hari akan menjadikan kulit lebih cerah , melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. 
Pigmen adalah penyebab utama jeragat.



VITAMIN E COMPLEX.


DARI SUDUT KESIHATAN :

Melindungi Jantung:

Jantung yang sihat  memerlukan kira-kira 800iu Vitamin E sehari. Ia berfungsi melindungi sel darah merah daripada pengasidan lipid yang akan meningkatkan kolesterol HDL dan mengurangkan tekanan darah. Ia juga menghalang platelet darah dari melekat ke dinding arteri,.menghalang anemia hemolitik (penghancuran sel darah merah lebih cepat dari pembentukanya)  dan penyakit jantung.

Anti-Oksidan yang kuat: 

Pengambilan lebih dari 1200iu sehari mampu berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, meningkatkan sistem imune, melambatkan  atau  menghalang pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan sel akibat radikal bebas , 


DARI SUDUT KECANTIKKAN:

Anti-Penuaan:
Satu  kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan.
Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.

Membaiki Parut:
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka bagi mengurangkan bekas parut bila dah sembuh.


Dan akhir sekali untuk kekal cantik dan sihat..kita kenalah ambil sekali dengan B Complex. 
Kenapa?.
sebab  B complex shaklee lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , dilengkapi
dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi  ialah Asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah.



 VITAMIN B COMPLEX 


Apa kebaikan vitamin B Complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan,
nak cantik kita tak boleh stress, nanti nampak tua, so ambil B complex untuk kawal kita punye stress..selain tu B complex juga membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik dan macam – macam lagi.




BAGAIMANA NAK CANTIKKAN LUARAN...TUNGGU SAYA DI ENTRY AKAN DATANG!


#nakcantek
#janganstress
#istiqamah



Jom dapatkan VITAMIN CANTIK semulajadi anda hari ini,
bukan vitamin sintetik ye !



MACAM MANA NAK BELI VITAMIN CANTEK NI  .
HANYA DENGAN SATU KLIK SAHAJA ANDA BOLEH DAPATKANYA












Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
HUBUNGI:


SID mamazai
SHAKLEE id  : 1212672




COD Kawasan : Bandar Tasik Puteri / Green Valley /Bandar Country Homes/Rawang/Kuang.
Lain-lain Kawasan  :  GDEx
Call/whatsapp/sms : 0192523868

DAFTAR AHLI UNTUK HARGA ISTIMEWA

E-mail : zainabintisaleh@gmail.com
Fb Page : Rencah kehidupan
FB  :  zainab saleh











 . 













.





 





Saturday 27 May 2017

SEJARAH KEUNGGULAN SHAKLEE

SHAKLEE UNGGUL KERANA LAND MARK STUDY NYA.


PENUBUHAN SHAKLEE CORPORATION

Shaklee Corporation diasaskan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1 April 1956 dengan kesedaran bahawa Sains dan Alam Semulajadi mampu digabungkan menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.
Falsafah penting  yang dipegang oleh beliau ialah " Living in Harmony with Nature ".
Pada awal penubuhan Dr, Forrest menghadapi masalah masyarakat yang belum ada pengetahuan tentang kepentingan  supplement.
Bagi memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement di kalangan masyarakat ketika itu ada,  beliau telah mengajar beberapa individu dan individu ini pula akan mengajar kepada yang lain, dan ini berterusan.

Dengan pelbagai kajian , kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadikan  kosep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena gah pada hari ini..Semuanya bermula dengan keyakinan Dr.Shaklee tentang kuasa penyembuhan semulajadi dan falsafah beliau 'Living in Harmony with Nature'.


























APA YANG MEMBUAT SHAKLEE BERBEZA ?


  1. Sentiasa selamat


Di Shaklee ianya bermula dengan alam semulajadi. Saintis Shaklee mencari hampir seluruh dunia bagi mencari sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik.
Kemudian lebih dari 350 ujian telah dijalankan ke atas setiap ramuan botani yang baru untuk logam berat , racun serangga atau beratus-ratus bahan cemar merbahaya yang lain . Dan lebih 80 000 ujian kualiti terus dijalankan setiap tahun  untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.

Setiap produk shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan  dan dijamin :


TIADA Parabens

TIADA Triclosan

TIADA Phathalates

TIADA Natrium Lauryl Sulfat (SLS)

TIADA  Natrium Lauryl  Etre Sulfat ( SLES )

TIADA  1, 4-dioxane

TIADA  Propylene Glikol

TIADA  VOC

TIADA Asid Hidroklorik

TIADA  Amonia

TIADA NaOh

TIADA Formaldehid

TIADA Petroleum sulingan
                                                                                                          
TIADA Toluene

TIADA  msg

TIADA Klorin Bleach

TIADA pewarna

TIADA lemak Trans

TIADA ppemsnis tiruan

TIADA  Toksid

TIADA Bahan yang diharamkan syarak



     2. Sentiasa berfungsi


Di Shaklee keberkesanan  produk dijamin melalui bukti-bukti kajian saintifik . Shaklee telah melaburkan lebih daripada USS250 juta dalam ujian klinikal , penyelidikan dan pembangunan.
Pada tahun 2007 Kajian Landmark telah di jalankan dengan kerjasama penyelidik dari sekolah Kesihatan Awam  UC Berkeley yang menunjukkan orang-orang yang mengambil supplement makanan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada orang-orang yang mengambil multivitamin tunggal atau tiada mengambil vitamin langsung.















      3. Sentiasa Mesra Alam

Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat ini  berdasarkan kepada prinsip  Hidup Berharmoni dengan Alam Semula Jadi.
Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang menjadi Climate  Neutral  yang di sahkan untuk benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar  terhadap alam sekitar.



SEJARAH PERKEMBANGAN SHAKLEE  KEPADA ALAM SEKITAR


1960 :
 Memperkenalkan Basic-H , iaitu bahan pencuci biodegradasi dan tidak bertoksik yang                          pertama di Dunia.

1989:
Shaklee memberi bantuan dan produk kepada satu ekspedisi Trans-Antartika yang di ketuai oleh Will Steger - iaitu individu pertama yang menjelajahi Antartika dengan berjalan kaki yang jaraknya  merangkumi 3,700 batu.

1989:
Shaklee dengan bekerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih 1 juta pokok di Asia.

1990:
Shaklee menerima anugerah "Family Circle's Green-Chip" sebagai salah satu syarikat yang mesra alam sekitar.

1991:
Produk untuk  kegunaan rumah keluaran  shaklee  digunakan dalam projek "Biosphere 2".

1996:
Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey yang menjalankan projek penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut di seluruh dunia.

2000:
Shaklee adalah syarikat pertama di Dunia yang memperolehi pensijilan "CLIMATE NEUTRAL.

2002:
Di anugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika syarikat.
Shaklee juga menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Sosial Accountability International.

2005:
Menyokong usaha Dr.wangari Maathai pemenang Nobel Peace 2004 ke atas usaha beliau  - Green Belt Movement.



Nah ..dah terbukti shaklee is proven..selamat dan mesra alam..
So ..apa tunggu lagi .
Pm mama untuk konsultasi percuma ..



















Sunday 21 May 2017

CARA MUDAH TANGANI KOLESTEROL -


TANGANI KOLESTEROL ANDA SEMUDAH A , B , C....

Assalamualaikum  dan salam sejahtera !
Selamat bertemu kembali !



Kolesterol  kawan ATAU musuh !
Mengapa begitu?
Pada paras normal , ia adalah bahan yang penting untuk badan kita.
Namun begitu , jika kepekatanya terlalu tinggi ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti serangan sakit jantung, strok dan juga boleh menjadi pembunuh senyap.

Kolesterol terdapat di dalam semua sel badan kita , dan mempunyai fungsi semula jadi sebagai :
Agen penyerap dan menjana vitamin D,
menghasilkan jus hempedu yang membantu proses pencernaan,
menghasilkan hormon tertentu.

Kolesterol dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi , juga boleh diambil dari makanan kita.
Kolesterol adalah bahan yang berasaskan minyak, makanya ia tidak larut dalam darah yang berasaskan air.Ia dibawa melalui darah oleh LIPOPROTIN.

Dua jenis lipoprotein:


  • LDL -  Lipoprotien berketumpatan rendah atau dkenalki sebagai   kolesterol jahat, peningkatan LDL menyebabkan   pengumpulan kolesterol dalam arteri.
  • HDL  - Lipoprotin berketumpatan tinggi atau dikenali sebagai  kolesterol baik, membawa kolesterol ke hati untuk  penyingkiran.
                
GEJALA KOLESTEROL TINGGI

Berhati-hati dengan tanda-tanda di bawah, Sebelum ia menjadi semakin parah:
Antaranya :

  • sukar bernafas
  • Sakit dada
  • Pening
  • Denyutan jantung tak stabil
  • Loya dan muntah
  • Kebimbangan melampau 
  • Berpeluh dingin
  • Semut-semut
  • Sakit leher secara tiba-tiba.
FAKTOR RISIKO KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol Tinggi adalah faktor utama menyumbang kepada PENYAKIT JANTUNG KORONARI , iaitu penyebab serangan jantung.

Kolesterol akan menyebabkan salur darah menjadi sempit yang akan mengurangkan bekalan darah ke Jantung.Bila otot-otot  jantung kekurangan darah ,ia tak dapat berfungsi dengan baik. inilah dikatakan lemah jantung .

Peningkatan LDL akan menyebabkan pengumpulan kolesterol di dalam salur darah, manakala HDL pula akan membawa kolesterol ke hati untuk di singkirkan dari badan kita.

Pengumpulan kolesterol adalah satu daripada proses-proses yang akan menyempitkan artery yang di kenali sebagai "Arteriosklorosis". Proses ini akan menyebabkan plak terbentuk dan menghalang aliran darah.


  • Jika terjadi di arteri nadi dileher akan menyebabkan carotid arteri.
  • Jika terjadi di otak akan menyebabkan strok.
  • Jika terjadi di artery coronari akan menyebabkan serangan jantung.

Pengambilan makanan berlemak:

Diet yang  seimbang perlu dipraktiskan  dengan menghadkan makanan yang mengandungi 

  •  kolesterol dari sumber haiwan, daging dan keju
  • lemak tepu sumber dari beberapa daging , produk tenusu , cokelat ,  barang bakar dan makanan yang digoreng atau di proses.
  • lemak trans ( dari beberapa makanan yang di goreng dan proses )
Batasi pengambilan lemak tepu - melalui diet rendah kolesterol dari sumber lemak tumbuhan.


Berat Badan yang berlebihan - boleh membawa kepada peningkatan LDL darah.
  • kawal berat badan - walaupun berat badan tiada kaitan terus dengan kolesterol tinggi, namun kajian menunjukkan setiap kg berat badan yang diturunkan , akan meningkatkan HDL sebanyak 0.35 mg/dL.

Stress yang berlebihan.


  • Stress yang berlebihan akan meningkatkan LDL dan akan menurunkan sistem imune badan kita.
  • Penghasilan hormon Adrenalin semasa stress juga menyumbang kepada penghasilan kolesterol.

Faktor Umur dan Jantina .

Umumnya lelaki akan mengalami peningkatan kolesterol pada usia 50an, manakala wanita pula akan meningkat paras kolesterol selepas menopous.


Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol


  • Merokok
  • Pesakit Diabetes
  • Kegagalan  Hati dan Buah Pinggang.
  • Tiroid
  • Ubat ubatan.



RAWATAN DAN PENCEGAHAN  KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol Tinggi adalah masalah kesihatan  di mana 8/10 pesakit adalah  di sebabkan oleh gaya hidup seseorang individu.So maknanya kita perlu baiki gaya hidup masing-masing.
Empat perubahan gaya hidup yang disyorkan kepada semua yang mempunyai paras kolesterol tinggi bagi mengurangkan risiko penyakit jantung koronari  dan serangan jantung.:


  • Amalkan   "Diet Jantung Sihat" ( contoh : makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat , makan makanan yang rendah lemak seperti minum susu skim,  elakkan makanan tinggi lemak tepu, seperti makanan bergoreng dan di awet.
  • Elakkan merokok/ elakkan dari mejadi perokok pasif.
  • Bersenam sekerap mungkin.
  • Capai dan kekalkan berat badan yang sihat.


BAGAIMANA SET KOLESTEROL SHAKLEE  MENGAWAL KOLESTEROL ANDA 























ViViX

Mengimpakkan kesihatan menyeluruh
Merendahkan paras kolesterol
PHYTOCOL ST
Menghalang pembentukan kolesterol baru dalam darah.
( Sterol dan Stanol dalam Phytocol menghalang  penyerapan kolesterol  LDL di dalam usus kecil. )



LECITHIN
Pemecahan lemak dan kolesterol





VITAMIN E 400iu
Menghalang oksidasi/pembentukan LDL oleh radikal bebas.
Meningkatkan kolesterol HDL ( kolesterol baik ) .

#0kolesterol
#hidupsihattanpakolesterol
#perangikolesterol


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=498caf50e8859f04fb9cf7a4ae05a83a


Hubungi mama untuk sebarang  pertanyaan dan 
konsultasi Percuma.


SID MAMA ZAI
Shaklee ID : 1212672



COD Kawasan : Bandar Tasik Puteri / Green Valley /Bandar Country Homes/Rawang/Kuang.
Lain-lain Kawasan  :  GDEx
Call/whatsapp/sms : 0192523868

DAFTAR AHLI UNTUK HARGA ISTIMEWA

E-mail : zainabintisaleh@gmail.com
Fb Page : Rencah kehidupan
FB  :  zainab saleh









  • PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

        Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...