Tuesday 30 July 2019

APAKAH MENU SIHAT PESAKIT KENCING MANIS

APAKAH MENU SIHAT UNTUK PESAKIT KENCING MANIS ?





Adakah pesakit kencing manis hanya boleh makan makanan tertentu sahaja?



Jawapanya TIDAK !

Pesakit kencing manis boleh makan apa saja  jenis makanan  asal saja mengikut jumlah pengambilan yang diatur secara sistematik.

Konsep pemakanan ini telah di akui oleh  WHO bersama OXFORD UNIVERSITY mendapati bahawa  menu sihat untuk pesakit kencing manis  adalah menu seimbang  yang perlu diambil  mengikut dalam  jadual pemakanan khas.


Terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam menu sihat pesakit kencing manis:

  1. Makan pada waktu yang tetap dalam amount yang ditentukan dan kerap. ( Jangan makan melampaui waktu makan.)
  2. Pengambilan gula perlu dihadkan.
  3. Ikut menu sihat dan seimbang  yang mengandungi campuran kabohidrat kompleks,serat, sumber protien tanpa lemak dan lemak baik.
  4. Bersenam setiap hari mengikut cara yang betul.( Dengan nasihat pakar ).



Pelan diet perlu dilihat secara individu mengikut jenis kencing manis iaitu :

  1. jenis 1 atau
  2. jenis 2 atau 
  3. kencing manis semasa mengandung.

Ini kerana kaedah yang paling sesuai untuk setiap orang mungkin berbeza.
Dapatkan nasihat pakar.



Pemakanan Pesakit Kencing Manis:

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis adalah boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:


1. Makanan yang perlu dihidarkan:
Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas kerana ia akan meningkatkan  paras gula dalam darah dengan cepat.

2. Makanan/minuman yang bebas di ambil :
Seperti air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayuran , ulam-ulaman, cuka, sup, rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos, garam.

3. Makanan yang wajib diambil tapi perlu dikawal :
Makanan yang mengandungi kabohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama kita , seperti nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, labu, jagung.
Semua jenis ubi, sayuran berkanji  seperti labu, jagung dan juga serbuk cokelat.


Kajian  telah menunjukkan bahawa makanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap glukosa dalam darah pesakit kencing manis. 
So, dalam menu sihat pesakit kencing manis perlu ditekankan pada pengambilan kabohidrat yang betul dan tepat.


Apa Itu Kabohidrat ?

Kabohidrat  adalah satu dari sumber utama nutrien dalam diet kita dan ia menyediakan tenaga untuk otak dan badan kita.
Kabohidrat yang diambil akan dipecahkan kepada glukosa dan dibawa dalam aliran darah kita. 
Bagi pesakit kencing manis makanan yang mengandungi kabohidrat memainkan peranan yang penting dalam mengawal tahap gula dalam darah.



Terdapat lima kumpulan makanan yang mengandungi kabohidrat :

1. Bijirin,  , makanan berasaskan tepung.
2. Semua jenis kekacang.
3. Semua jenis buah-buahan
4. Susu dan produk tenusu
5. Sayur-sayuran berkanji ( jagung,ubi,keladi dan kentang ).


SEMOGA PANDUAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA YANG MEMBACANYA!

Nantikan Tips menu sihat untuk pesakit Kencing Manis di bahagian (ii)  nanti.

Bye dan Assalamualaikum !

MAMAZAI
29hb.Julai 2019








No comments:

Post a Comment

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...