Friday 2 March 2018

KEBAIKAN POLIFENOL


UNIKNYA POLIFENOLS


POLIFENOL adalah satu daripada kumpulan phytonutrients  yang merupakan bahan antioksidan yang sangat kuat , iaitu sepuluh kali ganda antioksidan dalam Resveraterol.
Ia dihasilkan daripada tumbuhan dan buah-buahan yang memberi warna , yang melindunginya daripada serangan penyakit dan jangkitan .

Di mana Terdapat Polifenol ?



Polifenol boleh di dapati secara semulajadi pada :

1. Sayur - sayuran dan buah – buahan yang berwarna gelap seperti : buah Berri ,buah Ceri ,buah Delima , buah epal merah .

2. Kekacang , seperti soya .

3. Rempah-rempah  Kering :

4. Wain Merah .

5. Koko dan produk koko ..

6. Minyak Zaiton .


POLIFENOL memainkan peranan yang sangat penting untuk memelihara kesihatan tubuh kita.
Ia menjadi pelindung atau dengan kata lain sebagai perisai .
Antioksidan dalam polifenol membantu melindungi sel-sel tubuh kita dari serangan radikal bebas , dan seterusnya mengawal kadar kemusnahan sel .


Antara kebaikan Polifenol , jika diambil secara konsisten :


1.  Melindungi dan memperbaiki sel sehingga peringkat DNA sel.

Setiap hari, sel di dalam badan kita terdedah kepada berjuta radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel kita. Radikal bebas ini mampu meningkatkan risiko kita untuk mendapat sel yang tidak normal yang boleh menyebabkan kanser. Polifenol boleh melindungi DNA daripada rosak di samping membantu DNA dalam proses replikasi untuk berfungsi dengan baik.


2. Merangsang prestasi sel serta , melambatkan pembentukan AGE protein :

Pengumpulan protein AGE bukan sahaja akan merosakkan sel tetapi juga menyebabkan sel semakin tua lebih-lebih lagi bagi penghidap diabetis.
Polifenol boleh menghalang dan menyekat pembentukan protein AGE, memelihara kesihatan jantung dengan lebih baik dan menggalakkan perkembangan yang baik di kalangan penghidap diabetes.


3. Meningkatkan pembentukan tenaga sel dalam mitokondria :


Tahukah anda apa itu mitokondria? Mitokondria ini boleh diibaratkan sebagai stesen janakuasa tenaga elektrik untuk sel. Kajian membuktikan polifenol meningkatkan jumlah mitokondria dalam badan untuk penghasilan tenaga. Polifenol juga berkesan untuk melindungi daripada sindrom metabolik seperti meningkatkan kadar glukos dan membantu untuk dapatkan berat badan dan jantung yang sihat.


4. Memperlahankan Pemendekan  Telomeres :

( Telomeres ialah salah satu komponan pada kromosom . Ia terletak pada hujung kromosom. Fungsinya sebagai pelindung kepada DNA . )

Apabila sel kita membahagi  atau mengalami proses replikasi, Telomere akan menjadi semakin pendek. Memandangkan Telomere ini menjadi penunjuk atau indikator tahap kesihatan dan kelanjutan usia, memperlahankan kadar pemendekan Telomere itu sangat penting.
Polifenol dikesan telah berjaya memperlahankan pemendekan Telomere sebanyak 40%.

5.  Perisai Sel :

Apabila badan mengalami keradangan yang tak dapat dikawal, badan kita akan hilang fungsi asasnya untuk melindungi badan daripada serangan penyakit. Ini akan menyebabkan kita terdedah kepada risiko penyakit dan pelbagai masalah kesihatan. Polifenol boleh mengurangkan keradangan dalam badan seterusnya melambatkan proses penuaan sel.

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan polifenols ini dalam bentuk suplemen  iaitu  VIVIX.
.



#tsunamishaklee2018 #bangktG17 #omvcrazyness


Bagaimana nak dapatkan vivix ?
Mudah saja , klik di sini
www.wasap.my/60192523868

ATAU

Terus order di bawah 

 ⇩














No comments:

Post a Comment

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...