Tuesday 29 August 2017

"TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA"

KETAHUI 8 TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA


Tanda-tanda kanser payudara yang paling sering kita temui ialah munculnya ketulan di sekitar payudara dan ini  amat  menakutkan wanita  kerana kanser payudara sering menyerang para wanita.
                                                               



Tanda-tanda  Amaran kanser payudara.


1. Ketulan Disekitar Payudara:

         
Tidak semua ketulan adalah kanser, oleh itu , sekiranya  anda mengesan adanya ketulan , sebaiknya  segera jumpa doktor untuk di diagnos sama ada ianya kanser atau tidak.

Ianya normal jika;

  • ketulan hilang selepas haid
  • ketulan lembut,
  • ada beberapa ketulan di payudara,
  • terdapat ketulan di payudara sebelahnya.



Ianya mungkin kanser , jika;

  • ketulan terasa keras,
  • ketulan hanya satu,
  • ketulan statik,
  • kulit payudara mengecut,
  • keluar lelehan dari ketulan tersebut,
  • tidak ada ketulan di payudara sebelahnya.

Ketulan mungkin juga muncul di kawasan berdekatan ketiak  kerana ada beberapa kes kanser  muncul dari sini.


2. Tiba-tiba Keluar Cecair Dari Payudara.
                                       
Andai ada cecair keluar dari payudara , sedangkan anda bukan dalam fasa menyusukan anak , itu mungkin kanser..

Ada dua jenis cecair :

a)   Cecair Jernih:
Cecair jernih dan agak kental menandakan kanser masih pada peringkat awal , dan proses penyembuhan mudah dan cepat.


b)  Cecair Bercampur Darah :
Sekiranya cecair keluar berwarna merah seperti darah atau berwarna coklat  , menandakan kanser sudah pada peringkat berbahaya dan perlu rawatan segera.



3. Warna Kulit Payudara Menjadi Merah:

Tona warna sebahagian payudara berubah menjadi merah atau gelap , bengkak dan terasa panas jika disentuh pada bahagian yang bengkak itu.


4. Terasa Gatal Pada Puting susu  :

Faktor lain , seperti gatal pada puting susu juga  menjadi tanda positif kanser payudara ,
Selain dari itu kulit sekitar payudara mungkin akan menggelupas , dan ini sangat sakit.


5. Saiz payudara menjadi semakin besar atau mengecil tanpa sebab :

Normalnya  payudara memang akan mengalami perubahan saiz  mengikut perkembangan pembesaran kanak-kanak , dari remaja ke dewasa.
Tapi bila berlaku sebarang perubahan pada payudara secara tiba-tiba tanpa sebab , ini berkemungkinan tanda kanser payudara.



       
  
6.  Terasa Sakit Pada Bahagian Payudara Dan Tidak Hilang:

Bila anda berada dalam fasa haid atau mengandung sakit pada payudara adalah normal , dan ia akan hilang .
Tapi sekiranya tidak hilang dan saiznya terus membesar  , kemungkinan besar ia adalah kanser. Jadi apa yang harus anda lakukan ?


3 perkara yang perlu anda elakkan:

  • Elakkan penggunaan minyak pereda sakit
  • jangan sentuh kuat2
  • Segera dapatkan nasihat doktor.


7.  Puting Masuk Ke Dalam:


Jika anda nampak sesuatu perubahan seperti puting masuk ke dalam pada payudara anda segera berjumpa doktor untuk  pemeriksaan lanjut.
8. Terjadi Kerutan di Sekitar Bahagian Payudara :

Jika terdapat kerutan pada kulit sebahagian dari payudara dan berwarna agak gelap , ini juga berkemungkinan tanda-tanda kaser payudara.


Kanser biasanya mengambil masa 10 ke 15 tahun sebelum ia dapat dikesan , oleh itu disarankan setiap dari kita agar membuat  pemeriksaan darah menyeluruh  setiap tahun.

Selain dari itu digalakkan juga kita mengambil makanan yang kaya dengan ANTIOKSIDAN bagi membenteras radikal bebas yang merupakan satu daripada agen kanser.


Jika anda mempunyai salah satu dari tanda-tanda di atas , hubungi  doktor anda segera !

DAN

Jika anda ingin tahu lebih terperinci tentang kanser payudara dan bagaimana mengesan dan mencegahnya...saya sedia membantu.

Salam Sayang Buat Semua..

HUBUNGI:

Mamazai
Pm/whatsapp : 0192523868
FB: zainab saleh
Page: vitamincantikanda

ID Shaklee : 1212672








2 comments:

  1. Banyak juga ya tandanya.. Terima kasih kongsi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis ..
      panduan untuk semua..mencegah lebih baik dari mengubati.

      Delete

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...