Thursday 20 July 2017

TIPS MENCEGAH KANSER .

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!
Apa khabar semua .. diharapkan semua dalam kesihatan yang baik ..Aamiinn..!

Hari ni mama ingin berbicara tentang satu daripada silent killer manusia iaitu KANSER..

APA ITU KANSER?

Barah atau kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.
Biasanya sel akan bertambah ( replikasi ) mengikut keperluan badan untuk tumbesaran dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.
Namun ada kalanya sel akan bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal yang di kenali sebagai TUMOR.




Ada 2 katogeri Tumor:

TUMOR BENIGH  
Ini  adalah katogeri bukan  Barah .
Ia tidak merebak ke bahagian badan yang lain atau organ yang lain.
       
TUMOR MELIGNANT
Ini adalah katogeri BARAH.
Barah terdiri daripada sel-sel yang bertambah secara tidak normal ini akan merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Sel-sel barah ini boleh merebak ke organ-organ  yang akan menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan meyebabkan kematian.

Bila sel ini sampai ke organ yang lain , ketumbuhan baru akan terbentuk di organ tersebut. Keadaan barah yang merebak sebegini dikenali sebagai BARAH SEKUNDER / mitastasis.

Bagaimana Merawat Barah / Kanser:

Rawatan Barah bergantung kepada jenis barah, bahagian tubuh yang di hidapi barah serta  stage barah, sama ada dah merebak ke belum.
Jenis rawatan juga bergantung kepada faktur usia pesakit.
Kebanyakkan barah di rawat secara pembedahan , radiotrapi ( terapi X-rays) atau kimoterapi.
Satu atau lebih cara biasanya di gunakan untuk merawat pesakit.

Apa itu Kimoterapi

Kimoterapi adalah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah.. Ubat kimoterapi ini berfumgsi dengan cara menghalang sel barah dari terus membahagi dan bertambah. Sel barah tersebut akan rosak dan mati.
Memandangkan ubat itu di suntik ke dalam darah , maka ia juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.

Ubat kimoterapi yang berlebihan akan mempunyai kesan berbeza terhadap sel barah. Oleh itu gabungan beberapa jenis ubat mungkin di gunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik.
Namun begitu ubat kimoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel yang normal. Ini menyebabkan menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Tapi ini adalah sementara.

Rawatan Alternatif  Moden

Setiap orang mempunyai sel kanser. Itu fakta yang tak dapat di sangkal lagi.
Bagi seorang pesakit kanser mereka mempunyai kekurangan satu bahan penting dalam  nutrisi  iaitu Antioksida.

MAKANAN KAYA DENGAN ANTIOKSIDA BOLEH MELINDUNGI DARIPADA KANSER.

Tahukah anda makanan yang berwarna ungu mengandungi ANTIOKSIDA paling tinggi.

Mengapa ??

Ungu adalah makanan anti kanser kerana kandungan resveratrolnya yang tinggi.
Makanan ungu juga mencegah ulser.

Satu kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa antosianin daripada beri hitam mengurangkan pembentukan ulser perut pada tikus.

Penyelidik percaya bahawa ia adalah kerana antioksidan di dalam beri hitam mengelakkan pengoksidaan dan meningkatkan aktiviti antioksidan penting yang lain seperti gluthathione .



Jadi pengambilan makanan kaya dengan antioksida boleh melindungi diri daripada kanser.

Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, antaranya :

  • Melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas
  • Menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Mengurangkan stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan
  • Kaya dengan resveratrol yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser
Sebab-sebab Makanan Warna Ungu Lebih Baik

  1. Ungu adalah makanan anti kanser kerana kandungan resveratrolnya yang tinggi
  2. Makanan Ungu Baik Untuk Hati
  3. Ungu baik untuk jantung. Anggur ungu terbukti mengurangkan kolesterol ‘jahat’ LDL sehingga 13% dan meningkatkan kolsterol ‘baik’ HDL
  4. Makanan Ungu Mencegah jangkitan pundi kencing. Sayur-sayuran seperti kubis bunga ungu, lobak merah dan kubis ungu mengandungi pigmen tumbuhan yang sama, antosianin, yang bertindak melawan cranberry. Kajian makmal menunjukkan bahawa sebatian antosianin melawan H. pylori, bakteria yang menggalakkan ulser perut dan jangkitan saluran kencing.


10  Makanan Warna Ungu Terbaik Untuk Diamalkan :

Terung Ungu

Terung memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa seperti Kalsium, mineral, serat, bioflavanoid serta Vitamin K 
Ubi Bit 

Akar ubi bit merah kaya dengan antioksida dan mengandungi sejumlah besar gula, selulosa, pektin, panthothenic organik asid folik, vitamin dan pelbagai mikroelemen seperti besi, iodin, kalium, kobalt, magnesium, mangan, tembaga, fluorin, dan zink. Kajian membuktikan ubi bit merah mampu menurunkan kadar aktiviti sel kanser.
Sedap ubi bit ini, rebus sahaja atau boleh dibuat sayuran. Untuk bayi, boleh buat puri.

Ubi Keledek (Ungu)

Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Ubi keledek kaya dengan vitamin B6, potassium, beta karotene, mangan, vitamin C dan juga vitamin E.
Beri Biru

Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap strok, kanser dan banyak penyakit lain. 1 cawan beri biru mempunyai 81 kalori dan 4gram serat.
Sedap dimasukkan ke dalam yogurt plain atau dimakan sebagai jem atau bersama kek.

Kubis Ungu

Kubis ungu mengandungi vitamin dan mineral yang cukup baik iaitu Vitamin A dan C. Vitamin-vitamin ini bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan risiko kanser, diabetes, penyakit mata, tulang mereput, strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang.
Buah Plum


Buah plum adalah buah yang rendah kalori, rendah karbohidrat, glisemik rendah, kaya serat, mengandungi vitamin B, C, A dan K. Plum juga kaya dengan zat antioksidan flavanoid  
polifenolik seperti lutien, cryptoxanthin, dan zeaxanthin yang berperanan membantu tubuh menentang radikal bebas.


Manggis

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Bahan aktif xanthone dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakarida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.
Buah Prun

Prun merupakan di tangga nombor 1 dalam ORAC (Kadar Oksigen Radikal) iaitu ujian yang mengukur kuasa antioksida. Prun kaya dengan serat, lmemberi manfaat dalam mengurangkan risiko kanser usus, pencegahan dan rawatan penyakit kardiovaskular, kanser payudara, kencing manis dan penyakit diverticular.
Prun adalah sumber yang baik untuk vitamin A. Vitamin A juga telah terbukti mempunyai aktiviti antioksidan, yang dikaitkan sebagai perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser.

Lobak Ungu

Lobak ungu merupakan sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.


Anggur Muscadine

Anggur muscadine merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Anggur ini sangat kaya dengan sumber resveratrol, dan mempunyai kuasa anti-oksidan 40x lebih tinggi.

MAMPUKAH ANDA MENYEDIAKAN  SAJIAN UNGU  INI  DALAM DIET ANDA SETIAP HARI ?

Kalau saya , memang saya tak mampu untuk memastikan setiap sajian yang saya ambil mengandungi nutrien antioksidan setiap hari.

JADI APA PILIHAN YANG KITA ADA ?

Jawabnya , kita perlu mengambil supplement yang kaya dengan  antioksidan , iaitu " VIVIX " Shaklee  , di mana kandungan utamanya adalah ANGGUR MUSCADINE.

   
  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JANGAN LUPA SATU PERKARA PENTING INI:

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT "

UNTUK KETERANGAN LANJUT,


HUBUNGI:
Mamazai 
Pm/Whatsapp  : 0192523868 
Fb : zainab saleh 
Page : Vitamincantikanda / Rencah kehidupan

(ID  Shaklee   :  1212672 )

ATAU BOLEH TERUS ORDER  DI SINI  ↓↓






No comments:

Post a Comment

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...