Sunday 15 July 2018

"BAGAIMANA MENCEGAH TERJADINYA FIBROID"


Bagaimana  untuk mencegah  terjadinya  FIBROID ?


Wanita  seawal  umur  40an seringkali  dikaitkan dengan  keadaan ketidakseimbangan hormon.  Situasi ini pula akan  mendorong kepada  pelbagai masalah wanita  , antaranya masalah  TERJADINYA FIBROID .

Apa kah FIBROID ?






FIBROID adalah sejenis ketumbuhan biasa  ( BUKAN KANSER ) , yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus).

Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda .

Dan ia merupakan  perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive).

Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid.
Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.


Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:

  1. Fibroid submukus – Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
  2. Fibroid Intramural – Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
  3. Fibroid Subserus – Membesar di luar dinding rahim
  4. Fibroid Pedunkal – Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks (pangkal rahim)


CARA  MENCEGAH FIBROID .

A. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN :


1. DAGING  PROSES :

Ia mempunyai kandungan lemak yang tinggi , dan kebiasaannya mengandungi bahan kimia tambahan Contohnya seperti daging burger, sosej .

Pilihlah daging dari haiwan yang diberi makan rumput (grass-feed) .


2. TENUSU BUKAN ORGANIK  -   kerana ia mempunyai kandungan steroid yang sangat tinggi serta bahan kimia lain yang boleh mengubah hormon dan menggalakkan  pertumbuhan fibroid.

3. GULA REFINED  -  Pengambilan gula halus boleh meningkatkan kesakitan dan mengurangkan fungsi imun dalam badan , juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan ketidakseimbangan hormon, dua faktor yang menggalakkan pertumbuhan fibroid .

4. KABOHIDRAT REFINED -  seperti bijirin segera juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan tahap insulin meningkat mendadak dan hormon menjadi bercelaru. 

5. KAFEIN  -   Terlalu banyak kafein membebankan  hati anda ,  hati terpaksa kerja lebih  dan ini  menjejaskan fungsinya dalam menjaga kestabilan hormon. Hormon yang tidak stabil mendorong kepada pembentukan fibroid.

6. AIKOHOL  -  Pengambilan alkohol berlebihan boleh meningkatkan keradangan seluruh badan, mengurangkan fungsi imun dan menggalakkan ketidakseimbangan hormone.


B.  MAKANAN YANG WAJIB DIAMBIL :


1. MAKANAN ORGANIK  -  Makanan organik bebas  racun perosak , kerana racun perosak mengganggu keseimbangan hormone.

2. SAYURAN BERDAUN HIJAU  -   Sayuran jenis ini menghalang pembentukan fibroid dalam badan wanita.

3. SAYURAN DARI KUMPULAN KOBIS  -  Ia membantu proses detoksifikasi hati dan bantu seimbangkan paras hormone Estrogen .
Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan yang tinggi sayuran seperti brokoli, kubis, kubis Cina, tomato dan epal dipercayai menjadi faktor pelindung untuk fibroid.
Pengambilan sayur-sayuran berkobis (dan buah-buahan segar) dipercayai mampu mengurangkan kejadian fibroid rahim di kalangan wanita.

4. LOBAK MERAH , KENTANG MANIS  DAN BAYAM  -  Makanan ini kaya dengan Beta - Karotina .
Beta karotena  akan  bertukar menjadi  vitamin A , di mana  Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tisu yang sihat di samping membaiki tisu yang rosak, jadi, ianya sangat membantu dalam penyembuhan fibroid .



5. DAGING LEMBU  ( Grass feed )  DAN KEKACANG  -  Makanan ini yang kaya dengan zat  besi ini  dapat  membantu menggantikan zat besi yang hilang ketika kedatangan haid . Wanita yang mengalami fibroid  seringkali berhadapan dengan masalah  pendarahan yang  teruk ketika haid , ini menyumbang kepada anemia  .



6. MINYAK IKAN   -  Ia membantu seimbangkan tahap estrogen dalam badan, yang seterusnya boleh membantu untuk mencegah dan mengecutkan  fibroid.

7. BIJIRIN PENUH  -   Daripada bijirin halus (refined), adalah lebih baik memilih bijirin penuh yang lebih sihat seperti millet, beras perang, buckwheat, dan oat.



C.  AMALAN PENGAMBILAN   HERBA  DETOKSIFIKASI :

1.  HERBA  SEPERTI  MILK TISTLE  -   Chasteberry (vitex), burdock, yellow dock, red clover dan articok membantu detox hati, seimbangkan hormon, dan mengurangkan estrogen berlebihan serta keradangan. Ini sangat membantu mencegah dan mengecutkan fibroid.
Contoh  : Herba – Lax Shaklee


D.  BERSENAM - 

Kajian menunjukkan senaman juga membantu mencegah dan mengatasi fibroid.

Senaman aerobik seperti berjalan, berlari, berenang dan menari menstabilkan paras insulin dan membantu mencegah ketidakseimbangan hormon.

Senaman seperti yoga dan regangan tai chi, meningkatkan aliran tenaga (chi) kepada organ-organ pelvis dan kelenjar hormon.

Manakala latihan berat badan meningkatkan kesihatan otot dan menguatkan otot-otot yang menyokong rahim.


E. ELAKAN PENDEDAHAN BERTERUSAN KEPADA TOKSIN ALAM SEKITAR -


1.  Jauhi racun perosak, racun herba, baja sintetik , peluntur  , bahan pengawet makanan, pewarna makanan  ,  pencuci berbahaya .


2.  Pilih produk penjagaan dalaman wanita yang semulajadi serta produk penjagaan badan dan alat solek yang organik supaya terhindar dari  bahan-bahan toksik dalam kosmetik seperti paraben dan sebagainya.


SARANAN SUPLIMEN SHAKLEE YANG SELAMAT DAN BERKESAN :


Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah fibroid termasuklah:

1. GLA Complex :
Bantu mengawal keseimbangan hormon .

2. Vitamin ACE (Carotomax, Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E Complex) :
Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat bantu melindungi sel dari menjadi abnormal dan seterusnya mencegah fibroid dari berulang.

3. Vivix : 
Mengandungi resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan yang dapat membantu memperbaiki sel rosak sehingga peringkat DNA dan memelihara serta meningkatkan tahap kesihatan sel.



TESTIMONI PERTAMA






TESTIMONI  KEDUA





Ayuh jangan tunggu  hingga fibroid anda membesar seolah-olah anda mengandung..!

Dapatkan segera set pencegahan / pengecutan  Fibroid DI SINI:








ATAU





UNTUK KHIDMAT RUNDINGAN  PERCUMA ,

HUBUNGI MAMAZAI( ID: 1212672)

www.wasap.my/60192523868 

E-mail : zainabintisaleh@gmail.com
 Page : vitamincantikanda
FB :  zainab saleh


DAFTAR AHLI UNTUK HARGA ISTIMEWA !


KAWASAN COD  :
 Bandar Tasik Puteri / Green Valley /Bandar Country Homes/Rawang/Kuang.
Lain-lain Kawasan  :
  GDEX




JANGAN LUPA, ANDA BERHAK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTANSI DAN RUNDINGAN PERCUMA DARI SAYA.

Perkhidmatan meliputi perkara-perkara berikut:
1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
2. cadangan pemakanan dan pengambilan vitamin yang betul
3. Tunjukcara bagaimana mendapatkan vitamin dengan harga ahli dengan mendaftar keahlian
4. Berpeluang mendapatkan keahlian percuma berserta bonus walaupun hanya untuk makan sendiri
5. sekaligus berpeluang menjana pendapatan jika berminat.






No comments:

Post a Comment

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...