Friday, 19 May 2017

BERSALIN -- TIADA LAGI MIMPI NGERI

LUKA JAHIT BERSALIN TERBUKA SAMPAI TAK BOLEH JALAN, TAK BOLEH DUDUK .
.
Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.
Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.
5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.
Jahit kat bawah yang " banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu
Ya ALLAH sakitnya.
Nak duduk sakit..
Nak berjalan lagi la sakit..
Sampai nak duduk menanges.. huhuhu
Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT , MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.
3 Hari konsistent makan setiap hari....
ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar
.
BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:
1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni ' lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak.
2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser.
3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar
.
Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.
Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan
Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya.


Nak cuba?
  hubungi
 SID anda mama Zai.
Pm/Whatsapp/Telegram :  0192523868,
Fb : zainab saleh
Page : Rencah kehidupan








TESTIMONI " VIVIX "

SIHAT BERTENAGA  DI USIA  EMAS.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

Kali ini mama nak share bagaimana mama sekeluarga terjebak dalam kanchah SHAKLEE ini.
Sekitar tahun 2012  mama telah mengalami sakit saraf yang agak kronik. Rawatan pada waktu tu hospitalah. Appointment demi appointment , rawatan demi rawatan , hospital dah jadi rumah nombor dua . Tapi cam tu jugak , hanya bertahan.

Tapi setelah mama berkenalan dengan vivix dan dah jatuh cinta denganya , tak boleh tak ada , dah jadi macam wajib mengambilnya setiap pagi. alhamdulillah mama dah boleh berjalan macam biasa, kembali berfungsi sebagai ibu kepada 3 hero , guru dan isteri yang sempurna alhamdulillah.

Percaya atau tidak dalam usia mama yang dah menjangkau 56 tahun , mama masih mampu memanjat tangga bangunan hingga ke tingkat 2 tanpa berhenti untuk ke kelas , dan mama akan mengajar selama 1 jam tanpa duduk. sebab mama tak biasa mengajar sambil duduk. Mama bersyukur sangat kerana telah bertemu dengan tonik ajaib ini .

Pesanan sayang mama zai  kepada anda yang masih mempunyai ibu dan ayah..tengok-tengokkanlah mereka. jagalah kebajikan mereka , Kerana Tiada Kita Tanpa Mereka.
Jangan biarkan mereka merasai apa yang  mama telah lalui.. Perit tau nak berjalan jauh tak daya , nak solat pun tak mampu berdiri...pendek kata semuanya terbatas..

Tapi kini semuanya tinggal kenangan. Mama kini dah sihat alhamdulillah..Terima kasih Allah kerana temukan mama dengan vivix..


ViViX

Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif ViViX  berupaya mengaktifkan  pengawalan utama genetik  yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Ia memberi impak kepada  empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular.

4 mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular  

Kerosakan DNA:
Ramuan ViViX  melindungi dan memperbaiki sel sehingga keperingkat sellular DNA.

Pengawalan Genetik :
Ramuan ViViX   menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel:
Ramuan ViViX menggalakkan  biogenesis ( pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap pengeluaran tenaga dalam sel.

Penimbunan Protein AGE :
Ramuan ViViX adalah 10 X lebih kuat dari resveratrol ( kandungan unik dalam anggur "Muscadine") untuk melambatkan pembentukan Protein AGE.
[ AGE ( Advanced glycation ends product ) ] -  menyebabkan kerosakan tahap sellular.
ViViX juga menolong /membantu/menjaga serta memlihara:


kesihatan jantung.
kesihatan otak,
kesihatan sistem imune.
Kesihatan sendi , saraf serta tulang,
Perlindungan antioksidan,
Peningkatan tenaga pada tahap sellular,




Nak dapatkan ViViX dengan penjimatan harga 


Hubungi mama

Pm/Whatsapp :
0192523868
FB : Zainab saleh
Page : Rencah kehidupan


Wednesday, 17 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG DAN KUANG

Assalamualaikum .

Ahlan wasahlan  .. Terima kasih kerana sudi  bertandang  ke blog saya...
Jom kita berkenalan..!

Hari ini saya akan memperkenalkan diri saya sekali lagi pada yang belum kenal.dan refresh pada yang dah kenal.


Nama saya  Zainab binti Saleh , lahir di Kedah Darulaman . Saya anak kelima dan  puteri ke 3 dari  5 orang adik beradik. So saya yang bongsu lah kann...


Saya adalah pengedar sah shaklee , (  Shaklee ID  :  1212672 ) yang kini  menetap di Green Valley Park (GVP)  ,Bandar Tasik Puteri (BTP)  Rawang Selangor  dan masih bekerja sebagai seorang pendidik di smk Taman Desa 2 BCH. Rawang .


Dikalangan rakan-rakan di sekolah saya di kenali sebagai mama zai..rakan -rakan  maya  pun boleh panggil mama zai.

Di sebabkan mama menetap di BTP , so mama labelkan diri mama sebagai pengedar  Sah Shaklee Bandar Tasik Puteri , insyaallah  boleh memberi konsultasi yang terbaik pada penghuni Bandar Tasik Puteri dan Green Valley Park  yang mungkin tercari-cari supplement yang terbaik dan semulajadi dan boleh COD di kawasan -kawasan sekitar iaitu Kuang , Kundang Rawang dan Selayang.


Kalau di luar kawasan hingga keseluruh Malaysia  , kita guna khidmat abang-abang  CityLink je lah ye..

Mama adalah pengguna  setia Shaklee produk , juga merupakan pengguna tegar VIVIX . Hampir semua  vitamin  shaklee telah mama guna dan sudah tentu mama dah rasa  dan  alami efek positif bagi setiap  produk shaklee.

Semua ahli keluarga mama adalah pengguna  produk shaklee dan kami telah jatuh cinta dengan keberkesanannya..

sebab itu jugaklah mama ingin anda diluar sana juga turut merasai apa yang mama sekeluarga rasai.. Kongsi kebaikkan shaklee supaya semua boleh nikmati keberkesanannya... 



Mama mahir dalam  selok belok produk dan juga cara pengambilan yang betul . 

So.. Tidak keterlaluan jika mama katakan  , anda tak akan menyesal jika anda 
memilih mama sebagai SID anda. Insyaallah..

Mama janji mama akan beri perkidmatan terbaik buat anda , 
Jika anda ingin berbisnes  ,  mama akan bimbing anda hingga berjaya , insyaallah . Kita sama-sama kecapi kejayaan .


Untuk menjadi SID yang terbaik ,   Mama perlu    mahir  tentang tata cara pengambilan, kegunaan dan kelebihan produk shaklee ,      
     
So ,  mama telah  berusaha  meningkatkan ilmu tentang shaklee dan produknya melalui  kelas-kelas nutrisi  dan seminar  yang dianjur shaklee..juga kelas-kelas yang dianjurkan oleh uplines.




Kini mama dah bersedia  untuk   berkongsi  cerita  dan sebarkan fakta sebenar  dengan testimoni sendiri .

Ayuh.. Hubungi mama  ,  kita boleh bercerita panjang tentang produk-produk shaklee yang ausome  sangat nih... 


Boleh hubungi  mama: 

MAMAZAI  ( SHAKLEE  ID: 1212672)

www.wasap.my/60192523868

Page : vitamincantikanda
FB :  zainab saleh

DAFTAR AHLI UNTUK HARGA ISTIMEWA !


KAWASAN COD  :
Bandar Tasik Puteri / Green Valley /Bandar Country Homes/Rawang/Kuang.
Lain-lain Kawasan:
CITY LINK


Monday, 1 May 2017

TIPS KEKAL SIHAT...

Assalamualaikum dan salam Satu Blogger..!

Siapa yang tak nak sihat ?
Siapa pun kita , pasti semuanya mau sihat .. kan !!   Sihat adalah anugerah yang tak ternilai .. rezeki termahal yang Allah beri pada kita . Kita wajib menjaganya....... Setuju tak ? .

Apa maksud sihat di sini ?
Bila seseorang itu sihat , ini bermaksud sistem imunisasinya berada pada tahap yang optimum.

KETAHUI BAGAIMANA SISTEM IMUNISASI BADAN KITA BERFUNGSI ...!

Sistem imunisasi ialah sistem pertahanan badan di mana badan  secara semulajadi dapat mengesan kehadiran pelbagai jenis  patogen merbahaya  dan dapat membezakanya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat .

Badan kita adalah satu ciptaan yang begitu unik dan canggih sekali. Ianya dilengkapi dengan pelbagai sistem yang spesifik terhadap fungsinya. Bermula dengan pertahanan pertama  iaitu  'KULIT'. Tanpa kulit kita akan terdedah secara terus kepada toksin dan mikrob merbahaya dan mungkin menyebabkan badan kita hancur sama sekali.
Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga  menyediakan halangan kimia kerana ia menghasilkan sebum anti bakteria. Sebum ini akan membunuh bakteria dan spora kulat yang hinggap pada kulit.

Jadi..,  hanya hidung , mulut , mata dan melalui luka sahaja menjadi laluan yang membolehkan bakteria masuk ke dalam badan kita.
Namun badan kita telah menyediakan perlindungan di situ , contoh :


  1. Hidung  - mengeluarkan mukus bagi menghalang bakteria,
  2. Mata     -  menghasilkan air mata ,
  3. Mulut    - megeluarkan air liur
  4. Luka     -  sel darah putih menghapuskan bakteria.


KESIMPULANYA badan kita dilengkapi dengan satu sistem yang dinamakan  'SISTEM IMUNISASI'  yang akan menghalang serangan patogen merbahaya seperti bakteria, virus ( mikrob)   ke atas badan kita.

SISTEM IMUNISASI kita terdiri daripada sum-sum tulang yang membentuk sel-sel darah putih  , antibodi  dan  sistem limfa .
Sistem imunisasi badan kita bekerja 24 jam sehari tanpa  berhenti. Ada waktunya ia juga mengalami break down, ini membawa kepada gangguan sistem imune kita.

Apakah yang menyebabkan sistem imune kita terganggu ?
Banyak faktor.. Antaranya ialah:
1. Gaya hidup  - menjadi perokok atau perokok pasif.
                        -  penagih alkohol.
2. Makanan tidak seimbang  - banyak junk food.
3. Kurang bersenam atau bersenam tidak konsisten.
4. Stress.
5. Kurang tidor/rehat.
6. Persekitaran yang tidak bersih.

APA DIA INTERFERON ?

Interferon adalah sejenis protien  yang dihasilkan oleh badan kita dalam jumlah yang sangat kecil. Ia berfungsi sebagai bahan anti- virus yang akan menghalang kehadiran virus dan bahan-bahan asing yang lain  ke dalam badan kita. Saintis dan  Pakar-pakar perubatan telah mengenalpasti yang interferon sebagai  komponan utama ke arah fungsi imune yang lebih kuat dan berupaya menggangu perkembangan virus yang terhasil dari sel-sel yang telah dijangkiti virus. Ia juga membantu melambatkan jangkitan virus itu.
Dalam bahasa mudah Interferon mampu merangsang sistem imune badan kita untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit serius tertentu.

BAGAIMANA INTERFERON BERFUNGSI ?

Setiap hari badan kita diserang oleh patogen dan mikrob merbahaya  yang mengerumuni persekitaran kita dengan ancaman kesihatan yang tak dapat dilihat dan tak kita  sedari , namun tidak dinafikan badan kita telah dibekalkan dengan sutu sistem imunisasi yang canggih untuk melindungi kita.
Bila sel-sel kita diserang virus , ia akan mengaktifkan interferon yang dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi.
Interferon berfungsi dalam 2 keadaan :
     1. Interferon memberi isyarat kepada sel jiran dan mencetuskan  mekanisma rintangan.
     2. Interferon mengaktifkan sel-sel  imune yang akan membunuh patogen atau bakteria.

Walaubagaimanapun ,dalam  kehidupan seharian , kita mungkin   berhadapan dengan situasi-situasi seperti permakanan yang tak seimbang ( miskin ) , tekanan , pencemaran dan keletihan yang  boleh melemahkan sistem imunisasi kita.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , mari kita lihat satu kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Yasuhiko Kojima  dari universit Tokyo pada tahun 1954 , di mana beliau telah menemui Interferon buat julung kalinya.



Selepas membuat kajian selama lebih 40 tahun ke atas lebih 200 jenis herba  yang berlainan , Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya Interferon  semulajadi di dunia iaitu NUTRIFERON  . Dia telah telah berjaya menetapkan  ekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu:

    1.  Biji Labu.
    2.  Bunga Safflower.
    3.  Honeysuckle Jepun.
    4.  Biji Plantago.
















Keempat-empat tumbuhan ini mempunyai daya kebolehan  mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Formula yang digunakanya adalah semulajadi , selamat, tulen dan berkesan.Penemuan dan rekaanya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunology.

Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Hanya boleh di dapati melalui pengedar Shaklee yang sah.



























          KENAPA SAYA DAN ANDA PERLU  MEMILIH NUTRIFERON ?

           1.   Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia :
                  -  Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada                      peringkat sel. 
                  -  Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang                            diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
            2.   Meningkatkan paras interferon secara semulajadi :
                  -  Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu                               yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.
            3.  Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon :
                     -Ahli immunilogy yang  terkenal di dunia , Dr Yasuhiko Kojima  merupakan individu                            pertama menemui interferon pada tahun 1954.
             4.  Rumusan Berpaten Yang Eksklusif :
                      - Formula yang digunakan hanya terdapat di Shaklee.
             5.   40 tahun kajian :
                   -   Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak                           tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam                               badan .
             6.   Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah                          mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini :
                   -  seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of                           Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah 
                      yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

NAH,, TERBUKTI  KEBERKESANANYA , KESELAMATANYA,
DAN KETULENANYA!!!

JOM BERSAMA KITA MANFAATKAN KEBERKESANAN NUTRIFERON !!
ANDA TAK PERLU PADA UBAT-UBATAN LAGI !!


ORDER SEKARANG 
DI SINI !




UNTUK LEBIH PENJIMATAN , DAFTAR SEBAGAI AHLI !!


DARTAR SEKARANG
------------------------------------------------------- 
Untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma
hubungi:

SID anda :
Call/whatsapp/Sms ke - 019 2523868
fb - Zainab Saleh
Page : Rencah kehidupan
Shaklee id  : 1212672

Kawasann COD : Rawang, Bandar Tasik Puteri, BCH,
Selayang
              
______________________________________









Tuesday, 11 April 2017

" KESAN MEROKOK "


KESAN-KESAN MEROKOK.


Dalam entry saya yang lalu , saya telah perincikan kesan-kesan merokok pada kesihatan sex perokok . Bagi yang belum membacanya boleh klik DI SINI .


Kali ini saya akan  fokus pula pada satu lagi kesan merokok iaitu "STROK".


STROK DI MALAYSIA .
Strok atau Angin Ahmar merupakan punca ketiga kematian penduduk di Malaysia selepas Jantung dan kanser.
Dianggarkan hampir 40 000 rakyat Malaysia mengalami strok  setiap tahun. Itu satu angka yang membimbangkan.Sesiapa sahaja boleh mengalaminya , termasuklah  kanak-kanak. Namun  begitu kebanyakkan kes yang dilapurkan melibatkan orang dewasa.

DEFINISI STROK


Strok merupakan penyakit yang terjadi akibat  pembuluh darah ke otak  tersumbat atau pembuluh darah yang pecah di otak yang mengakibatkan terhentinya bekalan oksigen dan nutrien-nutrien penting ke otak. Fenomena ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat mati. Kesannya ialah kawasan yang dikawal oleh bahagian otak tersebut tidak berfungsi , (kegagalan saraf / Gangguan saraf ) .


Otak merupakan pusat kawalan sistem saraf kita di mana ia mengawal setiap apa yang kita lakukan atau apa yang kita fikirkan..di samping mengawal fungsi-fungsi automatik  lain seperti pernafasan , denyutan jantung dan sebagainya . Otak akan berfungsi dengan cemerlang jika ia menerima bekalan darah yang cukup dan berterusan bagi membekalkan Oksigen dan nutrien-nutrien yang  penting.




JENIS STROK

1. Strok Iskemia/ Ischemic stroke:
    -  Terjadi bila bekalan darah ke otak terganggu oleh penyempitan salur darah    (arteri).  Penyempitan ini berlaku di sebabkan oleh timbunan kolesterol dalam    arteri  (aterosclerosis).

2. Strok Berdarah/ Hemorrhagic stroke :
    -  Terjadi bila salur darah ( arteri ) di dalam otak atau sekeliling  otak pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak.
Bagaimana strok berdarah berlaku ? 

Bila Tekanan Darah  tinggi  dibiarkan lama tanpa dirawat boleh memberikan tekanan yang sangat tinggi pada dinding arteri yang boleh menyebabkan ia pecah. Jika berlaku pada arteri di dalam otak , akan menyebabkan pendarahan di dalam otak.
















GEJALA STROK

Strok boleh menyerang pada bila-bila masa , pada siapa saja dan di mana jua anda berada, tak kira apa yang sedang anda lakukan..bermain berehat malah ketika tidur juga.
Bila seseorang itu diserang strok biasanya raut wajah akan berubah menjadi senget sebelah, fungsi sebahagian tubuh terganggu seperti pertuturanya sukar difahami , lengan dan tanganya menjadi lemah,biasanya pada satu sisi badan sahaja.
Gangguan saraf ini terjadi akibat kerosakkan pada saraf motor yang mengatur pergerakkan otot badan kita.
Seseorang itu dikatakan mengalami strok bila mana individu itu mengalami gangguan saraf yang kita bincangkan di atas selama lebih dari 24 jam

Apakah Tanda-Tanda Awal Strok ?

Strok adalah penyakit saraf yang jika tidak di rawat segera boleh menyebabkan kecacatan kekal malah maut juga.

Bagaimanakah cara termudah untuk  mengenali tanda-tanda  yang seseorang itu  terkena strok ?. 
Persoalan ini menjadi tanda tanya bagi semua ahli masyarakat bila berhadapan dengan permasaalahan strok nih...Semakin lama strok dibiarkan tanpa rawatan , semakin banyak saraf-saraf otak yang akan rosak yang akan menyebabkan kerosakan  kekal.

Mari  kita kenali  beberapa petanda  bagi mereka yang terkena serangan strok!



Dengan mengenali tanda-tanda awal ini, diharap setiap ahli keluarga dan masyarakat peka dan memiliki kesedaran untuk  segera membawa  pesakit strok ke  hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera !


Jika pesakit strok mendapat rawatan segera , peluang untuk sembuh sepenuhnya lebih tinggi.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.


WAJAH

















jika anda mengesyaki seseorang individu itu terkena strok, minta beliau senyum , sama ada mulutnya nampak berlainan seperti senget sebelah .

LENGAN





Bila disuruh mengangkat tangan dan menahanya sekecap .. salah satu dari tanganya lemah dan kelihatan turun ke bawah sedikit. ( seperti dalam rajah )

PERCAKAPAN


Bila sesorang tiba-tiba tidak mampu menyebut  perkataan  tertentu seperti huruf  R ,contoh ;   " Rumah kata pergi , kubur kata mari" atau bercakap kurang jelas atau pelat . 

Biasanya orang yang terkena strok susah untuk  menyebut konsonan huruf tertentu .

MASA


Setiap detik amat berharga bagi pesakit strok. Bila anda berhadapan dengan tanda-tanda seperti di atas , cepat-cepat hubungi hospital berdekatan.





SIAPA YANG BERISIKO  ?

Strok boleh terjadi pada sesiapa sahaja , namun ada golongan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya:

  1. Pesakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat.
  2. Diet yang tinggi kandungan garam
  3. Pesakit kencing manis
  4. Pernah mengalami TIA ( Strok ringan )
  5. Fibrilasi Atrium ( degupan jantung tak teratur yang akan menyebabkan risiko pengumpulan darah di dalam jantung.
  6. Penagih alkohol
  7. PEROKOK



Faktor-faktor lain:

  • Umur - 56 tahun ke atas 
  • Jantina - lelaki lebih berisiko
  • Sejarah keluarga

MEROKOK SATU HABIT YANG MENGUNDANG BANYAK KOMPLIKASI SERIUS !







Merokok merupakan salah satu  faktor yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena serangan strok.

Berapa banyak agaknya rokok yang diambil oleh  seorang  perokok tegar dalam satu hari ?
Mengapa pula mereka sukar untuk berhenti merokok walaupun telah mengetahui risiko dan bahaya merokok ?

Ketagihan NIKOTIN yang ada dalam rokoklah yang membelenggu para perokok dari berhenti merokok.

Bagaimana Merokok menyebabkan strok ?

Sejumlah bahan kimia  asing yang disedut masuk bersama-sama asap rokok akan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai " serebrovaskular" iaitu  luka pada lapisan dalam pembuluh darah dan  menyebabkan pembuluh darah sempit dan mengeras , keadaan ini disebut sebagai "atherosclerosis". 

Penyempitan pembuluh darah ini akan menyebabkan aliran darah terhalang dan berlakunya pembekuan darah dalam otak.
Fenomena inilah yang akan berlaku pada pesakit strok.




CARA-CARA BERHENTI MEROKOK:

1. Hari pertama : Bulatkan niat anda:

Di hari pertama anda harus membulatkan niat dan tekad anda untuk berhenti merokok. Untuk apa anda berhenti merokok ? Untuk siapa? untuk diri sendiri,keluarga dan untuk orang yang anda sayangi.

2. Hari kedua ; Ubah mindset anda :

Anda perlu tanam dalam hati dan fikiran anda yang anda mampu berubah. Cari dan baca info-info tentang bahaya merokok kepada anda dan orang yang sentiasa dekat dengan anda.

3. Hari ketiga : Tanamkan rasa malu untuk merokok:

Caranya ialah bila anda hendak merokok carilah tempat yang tiada orang. Jika ada orang lalu atau melintas di hadapan anda, sembunyikan atau matikan rokok anda.Anda hanya akan merokok di tempat yang sunyi dan tiada orang. Lama kelamaan anda akan terbiasa .

4. Hari keempat : Jauhi rakan-rakan yang merokok:

Rakan adalah pengaruh yang sangat kuat dengan kita. Pepatah ada mengatakan ; jika anda berkawan dengan seorang tukang besi , badan anda akan mendapat bau besi juga , jika anda berkawan dengan seorang penjual minyak wangi ,anda juga kan mendapat wanginya. 
Mulai hari keempat , bataskan pergaulan anda dengan rakan-rakan yang merokok.Cuba cari rakan-rakan yang tidak merokok, kerana mereka akan mempengaruhi anda untuk tidak merokok.

5. Hari kelima : Buang semua rokok anda:

Buang semua rokok anda. Paksakan diri untuk tidak merokok lagi. Rasa tertekan? Ingat semula niat anda  untuk berhenti merokok.Untuk Agama pastinya,untuk keluarga. Bayangkan jika anda sakit kerana merokok , siapakah yang akan susah  ? Anda dan keluarga anda ...!

6. Hari keenam : cari aktiviti lain untuk gantikan rokok seperti gula-gula:

Ambil gula-gula contohnya bagi menggantikan rokok pada waktu anda selalu merokok. biasanya selepas makan.

7. Hari ketujuh: Istiqamah:

Kekalkan keenam-enam langkah di atas , jadikan ia habit baru anda. Insyaallah anda berjaya.


Biasanya bagi seorang perokok  tegar , amat sukar untuk mereka berhenti merokok kerana nikotin telah meresap keseluruh urat saraf mereka , malah hingga ke DNA sel.
Sekiranya mereka berjaya berhenti merokok pun , akan timbul pelbagai masalah-masalah lain .
Di sini saya senaraikan masalah yang mungkin akan mereka alami setelah berjaya berhenti merokok:

1. Depresi atau perasaan sedih,putus asa atau rasa rendah diri.
2. Pemarah.
3. Perasaan moody tidak tentu pasal.
4. Tidak sedap badan.
5. Usus meragam.
6. Masalah hidung dan tekak.
7. Nafsu makan meningkat.
8. Sakit kepala.
9. Susah tidur.
10. Berpeluh dingin dan tangan gementar.

11. Mengalami masalah kulit.

CARA ALTERNATIF BERHENTI MEROKOK ! 

Adakah cara / tips lain yang boleh membantu perokok membuang habit yang amat merugikan ini ?

Apakah ada supplement / makanan tambahan yang boleh merawat ketagihan merokok ini?

Jawapanya ada.

VIVIX dari shaklee.

Vivix Shaklee mempunyai mekanisma penyembuhan sehingga ke tahap selular. Vivix tidak membekalkan nikotin kepada perokok tetapi  masih mampu membantu perokok berhenti secara alami.

Dengan vivix anda mampu berhenti merokok dengan mudah tanpa perlu mengalami masalah-masalah seperti yang saya nyatakan di atas.

Kerana vivix memainkan perananya sebagai penyembuh dengan memulihkan kerosakan pada peringkat paling asas iaitu DNA sel.
Berikut kita lihat testimoni -testimoni yang berjaya berhenti merokok bersama vivix:


TESTIMONI PERTAMA:



TESTIMONI  KEDUA :










TESTIMONI KETIGA:

                                             





TESTIMONI KEEMPAT:



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.








HIDUP CERIA TANPA ROKOK !

Hentikan tabiat merokok anda dengan VIVIX...
Ingat orang tersayang!

Dapatkan harga istimewa dengan menyertai kami:
Hubungi saya SID anda untuk konsultasi percuma .

#kenapaperluberhentimerokok
#bebasdarirokok.



Hubungi saya ,
SID anda    :  Mamazai
sms/whatsapp  :  0192523868

ANDA BERHAK MENDAPAT CONSULTANSI DARI SAYA !


ATAU



ORDER SEKARANG 































Sunday, 5 March 2017

"Kenapa perlu berhenti merokok 2"

Merokok Juga  Mengganggu kehidupan berkeluarga anda..!

AWAS!!

Rokok mengandungi berbagai bahan kimia merbahaya  ,  satu darinya NIKOTIN.






PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...