PENJAGAAN KAKI PESAKIT KENCING MANIS
KAKI…adalah salah satu anggota badan yang penting dan harus diberi perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakkan seharian malah ia juga menjaga keseimbangan badan kita. Ramai diantara kita tidak memberi perhatian yang sewajarnya dalam Penjagaan Kaki , terutamanya bagi pesakit kencing manis .
Tahukah anda kaki terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Satu per empat daripada tulang didalam badan kita terletak dikaki.
Jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil.
Seperti yang kita sedia maklum pesakit kencing manis memerlukan penjagaan yang teliti dari segi pemakanan , ubat-ubatan , penjagaan diri keseluruhanya , terutama penjagaan kaki .
TEKAN DISINI untuk dapatkan maklumat menyeluruh!
PENJAGAAN KHAS KAKI PESAKIT KENCING MANIS
1. Periksa kaki anda setiap hari :
Setiap kali mandi , bersihkan kaki dan jari kaki serta di celah-celah jari dengan betul . Kemudian keringkan dengan tuala yang bersih.
Guna losyen atau pelembab untuk mengelakkan kulit kering dan tumit dari merekah .
Periksa jika terdapat sebarang calar , bisul , kudis atau melepuh pada kulit kaki .
2. Pastikan aliran darah ke kaki lancar :
Lakukan senaman kaki secara berkala . Urutan lembut selepas mandi juga elok dilakukan .
Rendamkan kaki dalam air suam yang bercampur sedikit garam.
Jika berdiri terlalu lama atau keletihan , rehatkan kaki dengan meletakanya ke atas sedikit sambil berbaring.
3. Cuba elakkan sebarang aktiviti yang boleh mengurangkan aliran darah ke kaki :
Elakkan dari memakai kasut yang ketat , kerana ini akan memberi tekanan pada kaki . Elakkan juga dari duduk atau duduk bersilang kaki dengan terlalu lama . Juga jauhi dari memakai seluar atau sarung kaki yang ketat.
4. Pilih kasut yang betul :
Pakai kasut atau selipar yang lembut dan selesa . Pilih saiz yang tepat tidak terlalu ketat atau lterlalu longgar. Sarung kaki perlu ditukar setiap hari .
5. Berhati-hati ketika memotong kuku :
Kuku jangan dipotong terlalu pendek , harus dipotong tegak , jangan melengkung .
Kaki merupakan anggota paling berisiko kerana ia merupakan anggota badan paling bawah yang menampung keseluruhan tekanan berat badan secara berterusan , serta paling banyak menanggung kecederaan
kaki juga merupakan anggota yang paling jarang diperiksa oleh pesakit dan ini boleh mengakibatkan luka lewat dikesan.
Pemakaian kasut yang sesuai adalah sangat penting bagi pesakit Kencing Manis untuk mengelakkan komplikasi kaki yang lebih teruk.
Komplikasi penyakit Kencing Manis yang membuatkan kaki sangat berisiko ialah:
1. ‘Sensory Neuropathy’
Keadaan dimana saraf deria rasa pada kaki rosak yang mengakibatkan pesakit berasa kebas atau hilang deria rasa-sakit.Sila Lihat. Ini mengakibatkan luka lambat dikesan oleh pesakit.
2. ‘Autonomic Neuropathy’:
Keadaan dimana kawalan kelenjar peluh pada kaki tidak berfungsi menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan merekah. Ini menjurus kepada luka yang boleh merebak atau dijangkiti kuman.
3. ‘Motor Neuropathy’:
Keadaan dimana otot-otot kecil di bahagian kaki musnah, tulang serta sendi kaki rosak dan mengakibatkan struktur kaki menjadi tidak normal. Ini boleh mengakibatkan luka tekanan berlaku pada bahagian tersebut.
4. ‘Vasculopathy’:
Keadaan dimana salur darah pada bahagian kaki tersumbat, menyebabkan kaki tidak mendapat oksigen dan zat yang mencukupi. Seterusnya sel dan tisu pada kaki akan mati atau ‘gangrene’.
5. ‘Immunopathy’:
Keadaan dimana sel imunisasi badan menjadi lemah, menyebabkan pesakit sukar mengawal jangkitan kuman dengan lebih berkesan.Sekaligus menyebabkan jangkitan mudah merebak dengan cepat.
Pencegahan:
Setiap pesakit Kencing Manis mungkin akan mengalami satu tahap komplikasi yang teruk seperti di atas sepanjang hayat mereka.
Pencegahan adalah sangat penting kerana kos rawatan kepada komplikasi ini sangat mahal dan memakan masa yang lama dalam proses penyembuhanya.
Oleh itu, mengawal paras gula di dalam darah secara berterusan dengan mengambil ubat Kencing Manis mengikut arahan doktor adalah sangat penting.
Alternatif kepada ubat kencing manis dari shaklee ialah
" Set Kawal Paras Gula Dalam Darah "
Bagi mengelakkan dari berlakunya komplikasi seperti di atas..Ayuh dapatkan segera
SET KAWAL GULA SHAKLEE
dalam darah bagi pesakit kencing manis
dari:
MAMAZAI
Pm/Whatsapp : 0192523868
Fb : zainab saleh
Page : vitamincantikanda
Untuk konsaltasi percuma.
ATAU
Dapatkan terus dari SINI
No comments:
Post a Comment