Saturday 28 April 2018

MORNING SICKNESS IBU HAMIL

Apa itu Morning Sickness  !
































Morning Sickness  adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang wanita yang  hamil . Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami.

Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama.....  So sweet...!


Biasanya  morning sickness berlaku sekitar 6 minggu usia kehamilan. . 
Setiap kehamilan adalah berbeza .. maka masa bermulanya morning sickness  berubah dari  wanita dengan wanita yang lain.

Wanita yang mengalami morning sickness mungkin akan rasa loya dan muntah-muntah terutamanya waktu pagi. Namun  rasa loya itu akan datang bila-bila masa  , tapi lebih kerap di  waktu pagi  . 
Ini  mungkin kerana waktu pagi perut kita berada dalam keadaan kosong. so .. loya mudah terjadi..

Bau tertentu juga boleh menyebabkan rasa loya  , ini akan mengundang kepada tiada selera makan dan minum  ,  Ini akan menyebabkan wanita  hamil  akan sentiasa  rasa letih sepanjang hari.


Mengapa Morning Sickness Berlaku ?


Morning sickness  berlaku di sebabkan  oleh kehadiran Hormon  hCG dalam darah yang dikeluarkan oleh uri dalam Rahim.
Namun begitu , ini adalah tanda yang baik bagi wanita hamil  .
Kenapa ?

Bila tahap hormone hCG meningkat bermakna keadaan bayi  adalah dalam kedadaan baik
Ada juga wanita yang tidak mengalami morning sickness .  
Wanita sepertii  ini    mempunyai  kadar  toleransi yang tinggi terhadap homon  hCG.   Jadi mereka tidak mudah mabuk dengan peningkatan  kadar homon hCG dalam tubuh mereka .


 Biasanya wanita yang mudah mabuk ketika dalam bot , bas atau dalam perjalanan yang jauh , lebih mudah untuk mengalami morning sickness ketika hamil .

Wanita yang hamil anak kembar  akan mengalamai peningkatan hormone hCG yang mendadak , dan in juga boleh mengundang kepada morning sickness .







Berapa  Lama  Tempoh  Morning sickness ?

Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. 
Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet.

Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu.

Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan.



Tidak ada orang yang mahukan morning sickness semasa hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi morning sickness ibu  hamil tersebut. 

Nak Tahu ..! 
Tunggu jawapanya di  next - Entry....


Ada sebarang permasalahan .. jangan malu untuk hubungi  saya  ; Mamazai ...
Khidmat runding - cara percuma menanti anda ..!



HUBUNGI MAMAZAI ( ID: 1212672)
www.wasap.my/60192523868 

E-mail : zainabintisaleh@gmail.com
Page    : vitamincantikanda
FB       :  zainab saleh


No comments:

Post a Comment

PERSEDIAAN AWAL UNTUK WANITA MENGANDUNG DENGAN SIHAT

    Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fi...