Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk mengandung? Persiapan mental dan fizikal yang mantap amat perlu untuk WANITA MENGANDUNG dengan sihat.
PERSEDIAAN FIZIKAL:
Pertama: Amalan Diet Yang Seimbang .
Wanita yang sudah bersedia untuk mengandung perlu mengambil lebih banyak kalsium, protein, serat, zat besi dan asid lemak Omega-3 dalam diet seharian mereka.
Ini bertujuan bagi menyediakan tubuh badan wanita tersebut agar menjadi lebih sihat dan kuat untuk proses kehamilan kelak.
Kedua: Tambahkan supplement Asid Folik.
Disarankan wanita yang merancang untuk mempunyai zuriat agar mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 mikrogram sehari.
Nutrisi yang turut dikenali dengan sebagai Vitamin B9 ini perlu diambil untuk mengurangkan risiko kecacatan janin seperti spina bifida dan anencephaly berlaku.
Sebagai alternatif, para wanita yang ingin mengandung juga boleh mendapatkannya dari makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus, kekacang dan bijirin.
Ketiga: Peka terhadap perubahan fizikal yang mungkin berlaku.
Perubahan yang dimaksudkan ini adalah perubahan pada tubuh badan , juga untuk mengetahui dan lebih bersedia untuk langkah mengatasinya.
Jika anda mula mengalami morning sickness, ketahuilah ia mungkin petanda awal kehamilan yang paling ketara.
Keempat: Dapatkan rehat yang cukup.
Tubuh memerlukan rehat yang cukup agar ia mampu berfungsi dengan sempurna keesokan harinya. Rehat yang cukup dapat diperolehi melalui tidur yang berkualiti.
Wanita hamil memerlukan tidur dan rehat lebih kurang 8 iam sehari. Ini bertujuan bagi memastikan hormon kesuburan wanita berada pada tahap yang tinggi.
Berikut adalah jenis hormon penting yang dinyatakan:
- Leptin
- Prolaktin
- Estrogen
- Progesterin
- Leteinizing hormone (LH)
- Follicle stimulating hormone (FSH)
Kelima: Senaman :
Yoga adalah satu teknik senaman terbaik yang boleh diamalkan oleh individu termasuklah wanita yang merancang untuk mengandung , kerana senaman ini terbukti boleh menghilangkan stress.
Tidak kurang penting juga, wanita yang ingin hamil perlu mempunyai kestabilan emosi yang kental!
Ingin tahu lebih detail atau nak tahu pasal supplement yang sesuai dan cara mengambilnya, hubungi mama sekarang ..
Mamazai SID 1212672
No tel: 0192523868
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader,
Shaklee BTP Rawang
Jangan lupa follow mama disini:
- FB: https://www.facebook.com/zainab.saleh.188
- IG: https://www.instagram.com/vitamincantik_anda
- Tiktok: https://tiktok.com/@mamazai5164
- FB page: https://www.facebook.com/vitamincantikanda
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleebandartasikputeri
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf